Senarai Poster Sambutan Maulidur Rasul 2023

Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul tahun 1445H pada tahun 2023 akan diadakan pada hari Khamis, 28 September 2023. Pada Hari Maulidur Rasul, cuti umum juga diberikan kepada seluruh negeri di Malaysia.

Seperti yang kita ketahui, tarikh Maulidur Rasul adalah hari yang sangat bersejarah dalam Islam, di mana kita memperingati dan merayakan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang sangat kita kasihi.

Semasa sambutan Maulidur Rasul, selain daripada perarakan yang diiringi selawat dan pujian kepada Nabi Muhammad SAW, biasanya juga diadakan program-program seperti majlis ilmu, forum perdana, dan sesi pengisian mengenai sirah Nabi Muhammad SAW.

Apa Itu Poster?

Poster adalah gambar atau rekaan grafik yang besar dan merangkumi gambar serta tulisan. Ia digunakan dengan cara melekatkannya di dinding atau permukaan rata lain untuk menarik perhatian orang ramai sebaik mungkin. Oleh itu, poster biasanya direka dengan menggunakan warna-warna yang kontras dan mencolok.

Koleksi Poster Sambutan Maulidur Rasul

Berikut adalah beberapa poster sambutan maulidur rasul yang boleh anda gunakan atau kongsikan kepada orang terdekat anda.

Poster 1

Poster Maulidur Rasul

Poster 2

Poster Maulidur Rasul

Poster 3

Poster Maulidur Rasul

Poster 4

Poster Maulidur Rasul

Poster 5

Poster Maulidur Rasul

Poster 6

Poster Maulidur Rasul

Poster 7

Poster Maulidur Rasul

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah , tetapi ia perlu mematuhi beberapa syarat utama. Antaranya:

  • Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
  • Menutup aurat.
  • Tiada unsur maksiat.
  • Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
  • Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.

Leave a Comment