Teks Bacaan Doa Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi

Mengadakan doa pembuka dalam memulakan suatu majlis adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan bagi kita. Tujuan kita membaca doa pembuka dalam majlis adalah untuk memohon keberkatan dan kelancaran dalam menjalankan majlis tersebut.

Biasanya, doa ini akan dipimpin oleh seorang Ustaz atau wakil yang telah ditugaskan. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa koleksi bacaan doa untuk majlis yang boleh anda gunakan.

Contoh Teks Doa Untuk Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi

Berikut adalah beberapa koleksi doa untuk majlis rasmi dan tidak rasmi yang dapat anda jadikan panduan.

1. Doa Pembuka Majlis

Bacaan Doa Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi

Ya Allah, Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.
Semoga dengan rahmat itu,
Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami,
Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifatsifat yang keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan. Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami 

2. Doa Sempena Anugerah Kecemerlangan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ

وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam

Majlis Anugerah Kecemerlangan ……NAMA SEKOLAH……

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid

Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

3. Doa Sempena Hari Sukan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia :

قُلْ إِنَّ صَلاَتِيْ ونسكي ومحياي ومماتي ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ .

Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah.

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .

Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

4. Doa Sempena Hari Guru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ

وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun 2010) peringkat Sekolah (SMK LA SALLE BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : (GURU BERKUALITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN)

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima Yurid ,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaanMu.

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah kurniakanlah kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

5. Doa Majlis Pelancaran Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan

Bacaan Doa Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi
Bacaan Doa Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi

6. Doa Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran

Bacaan Doa Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi
Bacaan Doa Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi

Leave a Comment