Permohonan Peduli Sihat Selangor

Berita baik kepada rakyat negeri Selangor iaitu adanya satu skim yang dikenali sebagai Skim Peduli Sihat Selangor telah diperkenalkan. Skim Peduli Sihat ini bertujuan untuk membantu mengurangkan kos hidup yang tinggi, terutamanya dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan asas bagi golongan B40.

Skim ini memberikan bantuan sebanyak RM500 setahun kepada keluarga dan RM250 kepada individu. Bantuan ini terhad pada RM70 untuk setiap rawatan yang diberikan.

Oleh itu, sekarang anda boleh membuat permohonan untuk skim ini. Di sini, kami akan membincangkan mengenai syarat kelayakan dan permohonan yang boleh anda jadikan rujukan.

Bantuan yang disediakan termasuk:

  1. Perlindungan peribadi sebanyak RM5,000.
  2. Kos pengebumian sebanyak RM500.
  3. Kos perlindungan untuk penyakit kritikal sebanyak RM5,000.

Syarat Kelayakan

Sebelum anda memohon, pastikan anda mengetahui syarat-syarat kelayakan yang diperlukan untuk Skim Peduli Sihat ini.

  1. Merupakan warganegara Malaysia
  2. Lahir di negeri Selangor
  3. Menetap 10 tahun di Selangor
  4. Kategori A : Berkahwin
    • Pendapatan seisi rumah RM3000 dan ke bawah 
  5. Kategori B: Bujang / Individu
    • Pendapatan kurang daripada RM1500.

Kategori Penerima

Skim Peduli Sihat Selangor ini mempunyai 2 kategori penerima iaitu:

1. Kategori A : Keluarga

  • Had pembiayaan setahun adalah sebanyak RM500
  • Had gunaan setiap kali rawatan adalah sebanyak RM70
  • Tiada had jenis rawatan/ perubatan bagi kesihatan asas
  • Percuma : satu kad untuk satu keluarga

2. Kategori B : Individu

  • Had pembiayaan setahun adalah sebanyak RM200
  • Had gunaan setiap kali rawatan adalah sebanyak RM70
  • Tiada had jenis rawatan/ perubatan bagi kesihatan asas
  • Percuma : satu kad untuk seorang individu
Permohonan Peduli Sihat Selangor

Cara Permohonan

Jika anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, anda boleh mula membuat permohonan sekarang. Langkat-langkah untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://member.iltizamselangorsihat.com/.
  2. Kemudian, login.
  3. Isikan borang permohonan secara online
  4. Selesai

Selain membuat permohonan secara online, anda juga boleh membuat permohonan secara manual iaitu dengan cara mendapatkan borang permohonan manual DI SINI atau melalui Pejabat Dewan Negeri Selangor atau Penyelaras Dewan Negeri Selangor.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan berguna untuk anda.

Leave a Comment