MYSIKAP : Login Dan Cara Daftar

Apabila lesen memandu anda hampir tamat tempoh, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah untuk memperbaharuinya. Anda boleh melakukannya dengan melawat mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Di JPJ, anda bukan hanya boleh memperbaharui lesen memandu, tetapi juga menjalankan banyak urusan berkaitan lesen memandu dan pendaftaran kenderaan motor.

Mungkin masih ada yang tidak tahu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebenarnya mempunyai portal dalam talian. Di mana, dengan portal ini anda kini boleh menyelesaikan semua urusan tanpa perlu pergi ke kaunter pejabat JPJ.

Portal yang dimaksudkan ialah MySikap JPJ. Ia adalah satu kemudahan daripada JPJ yang membolehkan anda dengan mudah melakukan urusan berkaitan lesen dan pendaftaran kenderaan motor hanya melalui telefon pintar.

Pasti anda ingin tahu bagaimana menggunakan portal MYSIKAP ini. Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan berkongsi langkah-langkah mudah untuk mendaftar dan log masuk ke portal tersebut sebagai panduan kepada anda.

Cara Daftar MYSIKAP

Langkah-langkah berikut perlu diikuti untuk mendaftar:

  1. Layari laman web MYSIKAP di https://public.jpj.gov.my/
  2. Klik “Log masuk” dibahagian Log Masuk Kali Pertama (MyKad)
  3. Isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  4. Masukkan kod sekuriti diruang yang disediakan dan klik “Teruskan”
  5. Sahkan maklumat tersebut dan klik “Teruskan”
  6. ID pengguna dan kata laluan sementara akan dihantar ke email anda
  7. Sila gunakan ID pengguna dan kata laluan tersebut untuk log masuk
  8. Ubah kata laluan sementara kepada kata laluan yang anda pilih sendiri.
  9. Selesai

Cara Login MYSIKAP

Berikut adalah cara untuk anda log masuk ke portal MYSIKAP:

  1. Buka portal MYSIKAP di https://public.jpj.gov.my/
  2. Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan, dan Kod Sekuriti
  3. Klik pada “Log Masuk”
  4. Anda telah berjaya log masuk ke halaman utama MYSIKAP

Jenis-Jenis Pengguna Bagi MYSIKAP

Di dalam mySikap JPJ terdapat dua jenis profil pengguna, iaitu eID Standard dan eID Advance.

eID StandardeID Advance
Tidak perlu untuk mengesahkan cap jari menggunakan sistem biometrik untuk mendapatkan nombor pendaftaran.Perlu daftar melalui sistem pengesahan pendaftaran melalui sistem cap jari biometrik di pejabat / UTC bagi memperolehi nombor rujukan
Anda boleh buat 27 urusan secara dalam talian di portal.Anda boleh buat 38 urusan secara dalam talian di portal.
Cara Daftar Dan Login MYSIKAP

Leave a Comment