Semakan Penyata KWSP Online ( Login i-Akaun)

Semakan Penyata KWSP Online ( Login i-Akaun) . Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) merupakan badan kewangan yang membantu rakyat Malaysia untuk membuat simpanan bagi kegunaan di hari tua kelak.

KWSP mempunyai 2 jenis akaun, iaitu akaun utama dan juga akaun 2. Wang di dalam kedua-dua akaun ini cuma boleh dikeluarkan mengikut jika menepati syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

baca: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

untuk makluman, KWSP telah mewujudkan sistem atas talian / online bagi membolehkan mereka untuk membuat semakan penyata KWSP secara online melalui i-Akaun dengan mudah dan pantas.

Semakan Penyata KWSP Online

Kepada mereka yang telah mempunyai akaun sah, anda boleh terus login ke sistem i-Akaun untuk membuat semakan penyata KWSP online.

Login i-Akaun: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

semakan penyata KWSP

ikuti panduan yang dikongsikan dibawah :

  1. Sila layari laman web rasmi KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima
  3. Klik “Login”
  4. Selepas berjaya login, anda perlu cipta kata laluan dan pilih imej online.
  5. masukkkk Frasa Rahsia
  6. Penyata semasa KWSP akan dipaparkan seperti gambar dibawah.
semakan penyata KWSP

Cara Buat i-Akaun KWSP

Sebelum anda membuat semakan penyata KWSP, anda perlulah mempunyai i-Akaun. Ini adalah perkongsian bagi cara untuk membuat i-Akaun KWSP.

Ada beberapa cara untuk anda membuat i-Akaun , antaranya :

  • Hadir ke pejabat KWSP
  • Melalui pendaftaran email

Hadir Ke Pejabat KWSP

  1. Anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan dengan anda.
  2. Sila bawa mykad atau kad pengenalan.
  3. Katakan bahawa anda ingin membuat akaun ( i-Akaun ).
  4. Anda akan diberikan ID dan password sementara.
  5. Setelah mendapatkan ID dan password sementara, boleh terus login disini = https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login .
  6. Setelah login, masukkan semua maklumat yang diminta dan tukar ID serta kata laluan kepada yang baru.
  7. Setelah mempunyai i-Akaun, anda boleh login bila-bila masa ke dlam sistem KWSP.

Pendaftaran Emel

semakan penyata kwsp
  1. Akses borang pendaftaran . Anda boleh akses disini = https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf
  2. Isikan semua ruangan yang diperlukan dalam borang berkenaan.
  3. Dokumen yang telah lengkap diisi, hantar ke email i-Akaundaftar .
  4. Tajuk email seperti : Pendaftaran i-Akaun Ahli < masukkan nama anda >.
  5. Kepelkan atau sertakan sekali dokumen yang diperlukan ( Gambar IC depan dan belakang ) .
  6. Swafoto atau selfie bersama anda yang sedang memegang IC.
  7. Bukti pemilikan no. telefon dan penyata bank akaun anda.

Perlu diberi perhatian, kelulusan melalui pendaftaran email ini adalah tertakluk kepada semakan yang dilakukan oleh pihak KWSP. Pihak KWSP berhak untuk menolak permohonan jika terdapat sebarang syarat dan terma tidak dipatuhi.

Pendaftaran melalui email ini pula hanya dilakukan secara sekali sahaja.

Terlupa Kata Laluan

Pengguna yang ingin membuat semakan penyata KWSP, tapi y terlupa kata laluan pula. Sila ikuti langkah mudah seperti di bawah :

  1. Layari potral rasmi = https://www.kwsp.gov.my/
  2. Pilih “Log Masuk” dan klik i-Akaun.
  3. Klik Lupa ID Pengguna atau Kata Laluan.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor KWSP.
  5. Klik Permintaan TAC untuk dapatkan nombor TAC.
  6. Masukkan nombor TAC yang telah diterima.
  7. Cipta kata laluan baru .
  8. Isikan Pengesahan Kata Laluan.
  9. Klik “Hantar”.

Untuk maklumat lanjut , sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi yang menyediakan kemudahan simpanan untuk para pekerja di Malaysia. Salah satu kemudahan yang disediakan oleh KWSP adalah i-Akaun, yang membolehkan ahli untuk mengakses akaun KWSP mereka secara dalam talian. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan cara untuk menyemak penyata KWSP secara online melalui laman web rasmi KWSP.

Cara Login ke i-Akaun KWSP

Untuk memulakan proses semakan penyata KWSP secara online, anda perlu log masuk ke i-Akaun KWSP. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Kunjungi Laman Web Rasmi KWSP

Lawati laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my. Pada laman utama, anda akan melihat pilihan untuk log masuk ke i-Akaun.

2. Pilih “i-Akaun (Ahli)”

Klik pada pilihan “i-Akaun (Ahli)” untuk pergi ke halaman log masuk ahli. Pastikan anda mempunyai maklumat log masuk yang sah.

3. Masukkan Maklumat Log Masuk

Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda. Jika anda belum mendaftar untuk i-Akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Anda boleh merujuk kepada panduan di laman web KWSP untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran.

4. Semak Maklumat Keselamatan

Pastikan laman web yang anda layari adalah laman web rasmi KWSP dan bukannya laman web palsu. URL yang betul adalah secure.kwsp.gov.my atau www.kwsp.gov.my. Berhati-hati dengan URL yang kelihatan mencurigakan seperti kwsp.gov.com.my atau secure.kwsp.gov.com.my.

Semakan Penyata KWSP Melalui IC

Selain log masuk melalui i-Akaun, anda juga boleh menyemak penyata KWSP menggunakan nombor kad pengenalan (IC) anda. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Kunjungi Laman Web KWSP

Pergi ke www.kwsp.gov.my dan pilih pilihan untuk semakan penyata melalui IC.

2. Masukkan Nombor IC

Masukkan nombor kad pengenalan anda di ruangan yang disediakan. Pastikan nombor yang dimasukkan adalah tepat.

3. Masukkan Kata Laluan

Masukkan kata laluan anda. Jika anda tidak mempunyai kata laluan, anda perlu mendaftar untuk mendapatkan akses ke i-Akaun.

4. Semak Penyata

Setelah log masuk, anda boleh menyemak penyata KWSP anda. Penyata ini akan memaparkan maklumat terkini mengenai simpanan KWSP anda, termasuk baki semasa dan sebarang transaksi yang telah dilakukan.

Menggunakan i-Akaun KWSP

i-Akaun KWSP menawarkan pelbagai fungsi untuk memudahkan ahli mengurus akaun KWSP mereka. Antara fungsi yang tersedia termasuk:

1. Semakan Penyata

Anda boleh menyemak penyata KWSP anda pada bila-bila masa melalui i-Akaun. Penyata ini akan menunjukkan maklumat terperinci tentang simpanan anda.

2. Transaksi Online

Anda boleh melakukan pelbagai jenis transaksi seperti pengeluaran dan pemindahan simpanan melalui i-Akaun.

3. Kemas Kini Maklumat

Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi anda seperti alamat dan nombor telefon melalui i-Akaun.

Kesimpulan

Dengan kemudahan i-Akaun KWSP, anda kini boleh menyemak penyata KWSP anda secara online dengan mudah dan cepat. Pastikan anda sentiasa menggunakan laman web rasmi KWSP untuk mengelakkan penipuan. Untuk maklumat lanjut, layari www.kwsp.gov.my atau hubungi pusat khidmat pelanggan KWSP.

Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh memastikan bahawa anda sentiasa mempunyai maklumat terkini mengenai simpanan KWSP anda dan boleh mengurus akaun anda dengan lebih efektif.

Soalan Lazim

Apakah yang perlu dilakukan jika terlupa kata laluan ?

Pengguna yang terlupa kata lalaun boleh terus klik lupa ID Pengguna atau Kata laluan, dan ikuti langkah yang telah dikongsikan dalam artikel. Anda boleh klik disini juga = https://secure.kwsp.gov.my/member/member/forgot?0

Bagaimana cara untuk mempunyai i-Akaun ?

Anda boleh terus hadir ke mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan. Dan anda juga boleh membuat melalui pendaftaran email.

Dimanakah pengguna ingin mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan ?

Anda boleh mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan :
1. Kaunter KWSP
2. Kios KWSP
Melalui email ( Terkini : Susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan “PKP” )

Apakah kelayakan bagi mendaftar i-Akaun ?

Kelayakkan untuk mendaftar i-Akaun adalah :
1. Mereka seharusnya ahli warganegara, mempunyai No. ID Ahli dan mempunyai No. KWSP yang sah.
2. Bagi mereka yang bukan warganegara, mestilah mempunyai paspot yang sah atau mempunyai nombor KWSP yang sah

Semoga perkongsian ini dapat membantu pengguna untuk membuat semakan penyata KWSP. Dan juga membantu mereka yang ingin membuat i-akaun.. Semoga berjaya…..

Leave a Comment