Cara Tukar Password Unifi Dengan Mudah

Adakah anda menggunakan perkhidmatan Unifi? Jika anda menggunakan Unifi, pastinya anda ingin tahu cara untuk menukar kata laluan Unifi anda.

Sebelum itu, menukar kata laluan Unifi anda adalah penting kerana risiko yang timbul daripada penggunaan kata laluan lalai yang telah dipasang oleh kontraktor. Jika anda tidak segera menukarnya, terdapat kemungkinan besar bahawa pihak yang tidak sah akan dapat dengan mudah mengakses rangkaian Internet anda.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa langkah mudah untuk menukar kata laluan Unifi anda. Semoga panduan ini bermanfaat.

Sebab Perlu Tukar Password Unifi

Anda perlu menukar kata laluan anda atas beberapa sebab tertentu seperti berikut:

  • Penggunaan Wifi anda tanpa izin.
  • Lupa kata laluan Wifi anda.
  • Kawal penggunaan Wifi di rumah anda.
  • Lupa nama Wifi anda.
  • Jika anda menggunakan router atau modem baru.

Cara Tukar Password Unifi

Berikut adalah beberapa cara untuk menukar password Unifi:

1. Tukar Password Unifi melalui Modem Router

Anda boleh menukar kata laluan Unifi melalui Modem Router dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:

  • Sila buka pelayar web anda dan masukkan alamat IP modem router Unifi anda.
  • Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan anda.
  • Pergi menu “setup” dan pilih menu “Wireless Settings” atau “Wireless Security“.
  • Sila pilih opsyen untuk menukar kata laluan.
  • Masukkan kata laluan baru anda dan klik pada butang “Apply” atau “Save”.
  • Selesai

2. Tukar Password Unifi TP Link

Untuk menukar password Unifi melalui TP Link, berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Anda boleh membuka pelayar web dan kemudian menaipkan alamat IP router anda pada bar alamat.
  • Masukkan Username dan Password. Sekiranya kata laluan sedia ada belum ditukar, sila taip “admin” dalam kedua-dua ruang tersebut.
  • Tekan pada menu “General Network”
  • Klik pada “Wireless Setting”
  • Sila pilih jenis kunci keselamatan anda, seperti WPA/WPA2 atau WEP.
  • Masukkan kata laluan baru diruang yang disediakan
  • Klik butang “Save” atau “Apply” untuk menyimpan perubahan yang telah anda buat.
  • Selesai. Berjaya menukar kata laluan anda.

3. Tukar password Unifi Self Care Portal

Anda boleh ikuti langkah di bawah untuk menukar password Unifi melalui portal Self Care:

  • Sila buka pelayar web anda dan pergi ke laman web Unifi Self Care di https://unifi.com.my/
  • Masukkan Username dan Kata laluan anda dan log masuk.
  • Setelah log masuk, klik pada “Profile”
  • Tekan pada “Personal Detais” dan klik “Edit”
  • Masukkan kata laluan baru
  • Klik “Simpan”
  • Selesai

Leave a Comment