Sekarang hampir semua orang memiliki telefon pintar sendiri. Dengan telefon pintar, kita boleh menggunakan banyak aplikasi yang membantu kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Penggunaan Kod QR sekarang sudah menjadi sesuatu yang biasa kita lihat. Kita bisa menemukannya di banyak tempat, seperti saat kita masuk ke Web WhatsApp, Check-in MySejahtera, Telegram, melihat menu di restoran, melakukan pembayaran online, dan banyak lagi. Terdapat banyak fungsi dan manfaat yang dimiliki dengan penggunaan kod QR ini.
Di dalam artikel ini, kami akan kongsikan bagaimana cara membuat kod QR untuk pembayaran online yang dapat memudahkan urusan anda.
Apa Itu Pembayaran QR Code ?
Kod QR digunakan sebagai kaedah pembayaran tanpa perlu menyentuh di mana pembayaran dilakukan dengan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi mudah alih.
Pengguna membuat pembayaran menggunakan kod QR dengan mengimbas kod QR yang ditunjukkan oleh peniaga menggunakan telefon pintar mereka untuk membayar barang yang dibeli.
Cara Membuat QR Code
Kini, kebanyakan bank telah menerima bayaran melalui kaedah kod QR. Salah satu bank yang popular di kalangan para peniaga adalah Maybank. Untuk membuat pembayaran melalui QRPAY ataupun QRCode, Anda perlulah menggunakan aplikasi Maybank2u. Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mencipta Qr Code.
- Anda perlu login ke akaun maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/
- Pada menu utama, tekan pada logo QR Code
- Untuk menggunakan fungsi ini, langkah pertama adalah melakukan pengaktifan. Untuk mengaktifkan QRPAY, anda hanya perlu mengklik “Activate Now”.
- Anda perlu login ke akaun Maybank2u anda dengan memasukkan password dan klik “Login”
- Seterusnya, anda perlu pilih akaun ataupun kad yang anda akan gunakan semasa membuat pembayaran
- Klik pada bahagian Agree & Proceed
- Kemudian, anda perlu menetapkan had harian dan had kumulatif untuk pembayaran anda.
- Anda perlu mengklik “Confirm” untuk membuat pengesahan menggunakan Nombor OTP
- Anda akan menerima Nombor OTP melalui SMS, masukkan OTP yang diterima.
- Untuk membuat pembayaran melalui QRPAY, anda perlu mengaktifkan fungsi kamera
- Setelah aktifkan fungsi kamera, anda perlu scan ataupun imbas QrCode untuk anda membuat pembayaran
- Selesai
Kelebihan Menggunakan QR Pay
Antara kelebihan yang anda perolehi dengan menggunakan QR pay adalah seperti berikut:
- Pembayaran dengan QR Pay Maybank sangat cepat dan mudah.
- QR Pay Maybank menggunakan teknologi enkripsi yang sangat baik untuk memastikan transaksi anda selamat dan terjamin.
- Anda tidak perlu membawa kad kredit atau debit untuk membuat pembayaran.
- Anda boleh menggunakan QR Pay Maybank di mana-mana tempat yang menerima pembayaran melalui pilihan pembayaran QR Pay Maybank.