Semak Keputusan Peperiksaan Vokasional

Anak-anak calon peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) sedang menunggu dengan penuh harapan keputusan Semester 4 Sesi 2 / 2022 untuk tahun 2023.

Pada Khamis, 6 Julai 2023, keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan diumumkan. Mulai pukul 10.00 pagi pada hari tersebut, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SVM di Kolej Vokasional masing-masing.

Semakan keputusan peperiksaan ini juga boleh dilakukan secara online. Di mana, cara ini adalah cara yang paling mudah dan cepat yang boleh anda gunakan. Untuk makluman, semakan boleh dibuat mulai 10.00 pagi pada 6 Julai 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 12 Julai 2023.

Semak Keputusan Peperiksaan Vokasional

Cara Semakan Keputusan Peperiksaan

Untuk anda yang ingin membuat semakan secara atas talian, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti yang dikongsikan di bawah ini:

  1. Buka laman web https://myresultsvm.moe.gov.my/svm/
  2. Kemudian, pada laman tersebut anda akan lihat beberapa pilihan  peperiksaan semester pelajar iaitu:
    • Keputusan Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia Semester 4 Sesi 2/2022
    • Keputusan Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia Semester 4 Sesi 2/2022 (Calon mengulang)
    • Keputusan Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia Bahasa Melayu Dan Sejarah Setara Sesi 2/2022 (Calon mengulang)

Melalui laman ini anda dapat membuat semakan keputusan secara dalam talian dengan mudah.

Untuk makluman, calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) juga boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan dari kolej vokasional atau sekolah masing-masing.

Leave a Comment