Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Selangor 2023

Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Waktu Bulan Ramadhan ini adalah peluang yang kita perlu manfaatkan dengan memperbaiki ibadah dan memperbanyakkan sedekah kepada golongan yang memerlukannya. Sangat disayangkan bagi mereka yang tidak menghargai kesempatan ini dan melewatkannya. Bulan Ramadhan ini merupakan ibadat yang mempunyai seribu satu macam rahsia dan hikmah. Begitu juga ia membawa kepada banyak pahala dan keuntungan bagi mereka yang berpuasa serta melakukan ketaatan pada bulan Ramadan.

Dalam bulan Ramadhan selain menunaikan ibadah puasa di siang hari, kita juga dapat menghidupkan malam-malam Ramadan dengan melakukan ibadah qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran dan lain-lain.

Waktu Imsak & Berbuka Puasa Selangor 2023 / 1444H

Untuk makluman, jadual waktu Imsak dan berbuka puasa yang dikeluarkan setiap tahun oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM] akan digunakan sebagai panduan bagi umat Islam di negeri Selangor dalam merancang waktu yang sesuai untuk sahur (dengan mengambil kira waktu yang dekat dengan azan Subuh) serta untuk berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Berikut adalah jadual dan takwim berbuka puasa Ramadhan pada tahun 2023 (Masihi) bersamaan 1444 (Hijrah) bagi kawasan dan zon-zon di seluruh negeri Selangor.

ZON 1

Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang Dan Hulu Langat

ZON 2

Kuala Selangor dan Sabak Bernam

ZON 3

Klang Dan Kuala Langat

Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang Bulan Ramadhan adalah seperti berikut :

  1. Solat sunat
    • Memperbanyakkan solat-solat sunat dan qiamullail
  2. Solat Terawih
    • Memakmurkan masjid dan solat berjemaah
  3. Bersedekah
    • Memberi makan untuk orang berbuka
  4. Baca Al-Quran
    • Perbanyakkan membaca Al-Quran, bertadarus
  5. Amalan Sunat
    • Melazimi dan memperbanyakkan bertasbih, beristigfar, dan amalan sunat yang lain lagi.

Terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang bulan Ramadhan selain daripada yang tersenarai diatas.

Selamat menjalankan ibadah puasa tahun ini dengan jayanya. Semoga perkongsian mengenai jadual dan takwim ini dapat membantu anda dalam menunaikan ibadah bulan puasa. Semoga bermanfaat untuk semua.

Leave a Comment