Tips Jimat Penggunaan Aircond

Seperti yang kita tahu, penyaman udara di rumah menjadi salah satu perbelanjaan bulanan yang paling membebankan dan merupakan satu peranti elektrik yang menggunakan banyak tenaga elektrik. Namun,tahukah anda bahawa anda boleh mengurangkan bil elektrik bulanan dengan membuat sedikit perubahan pada penggunaan penyaman udara di rumah.

Jadi, bagaimana cara kita untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik melalui penggunaan aircond. Di sini kami akan kongsikan beberapa tips kepada anda. Semoga dapat membantu.

Tips Penggunaan Aircond

Berikut adalah beberapa tips mudah yang boleh anda gunakan.

1. Tutup suis utama

Dengan menutup suis utama setiap kali suis aircond ditutup, walaupun nampak tidak ada perbezaan yang ketara tapi dengan melakukan langkah ini anda dapat menjimatkan 10 peratus daripada jumlah penggunaan elektrik di rumah.

2. Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan

Kotoran pada penapis udara akan mengurangkan keberkesanan unit tersebut. Penapis kotor akan melambatkan aliran udara dan menjadikan unit anda bekerja lebih keras dan menggunakan lebih banyak tenaga sehingga bil elektrik anda naik. Oleh itu, Kepentingan menyelenggara sistem aircond adalah sangat penting bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik akan menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih banyak tenaga dan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.

3. Set pemasa

Pemasa (mod tidur) digunakan untuk menutup aircond secara automatik setelah beberapa jam apabila bilik sudah sejuk atau setelah kita tidur. Dengan pemasa ini, anda dapat menghadkan penggunaan elektrik.

4. Tetapkan suhu yang tepat

Suhu perlu ditetapkan pada 24°C atau lebih. Suhu 24°C adalah suhu yang memberikan keselesaan jadi anda tidak perlu menetapkannya pada 18°C. Apabila ditetapkan pada 18°C, kompressor akan dipaksa untuk mencapai suhu tersebut. Tapi bila suhu ditetapkan pada 24°C, kompressor akan berhenti apabila suhu bilik mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi semula apabila suhu bilik meningkat. Elektrik juga dapat dijimatkan apabila kompressor tidak digunakan.

5. Gunakan kipas

Penyaman udara boleh digunakan bersama kipas untuk mencapai keberkesanan yang lebih baik. Sebelum menggunakan penyaman udara, pastikan untuk membuka kipas, pintu, dan tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik (Pastikan pintu dan tingkap ditutup setelah itu).

Pemasangan kipas dapat menyebarkan udara sejuk ke seluruh bilik tanpa meningkatkan penggunaan tenaga yang tinggi. Dengan memasang kedua-dua alat elektrik secara bergilir, aircond tidak perlu dihidupkan dalam tempoh yang lama.

Leave a Comment