Biz Channel CIMB Login

Portal dalam talian BizChannel @CIMB telah disediakan untuk memenuhi keperluan perniagaan dan kewangan anda yang berubah-ubah dengan menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan. Melalui platform seperti CIMB BizChannel ini, pengurusan perniagaan semakin mudah untuk dilakukan. Di mana, anda boleh mendapatkan akses kepada semua perkhidmatan perbankan yang selamat ini pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Tidak hanya itu, ia juga mempunyai tahap keselamatan yang tinggi yang akan menjaga maklumat kewangan dan organisasi anda.

Perkhidmatan yang disediakan di BizChannel

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh BizChannel adalah:

1. AccountServices@CIMB

  • Mengemukakan penyata akaun dan butiran transaksi.
  • Mengakses data sejarah hingga tarikh tertentu dengan kemampuan carian.
  • Muat turun penyata dalam pelbagai format untuk memudahkan penyelarasan akaun bank dan penyepaduan yang lancar kepada sistem perakaunan anda
  • Melakukan percetakan dengan pilihan untuk menyertakan logo syarikat melalui email atau pos
  • Simpan akaun kegemaran dan templat untuk pembayaran berulang

2. Payments@CIMB

  • Bayaran Pukal – Gaji termasuk kredit gaji, KWSP, LHDN, PERKESO dan ZAKAT
  • GIRO Antara Bank (IBG)
  • Pemindahan dana
  • Pesanan Juruwang & Draf Permintaan
  • RENTAS & Pemindahan Telegraf
  • Perkhidmatan Pembayaran Kerajaan
  • Pembayaran FPX
  • Pemindahan DuitNow

3. Collections@CIMB

  • Modul pertanyaan koleksi
  • Debit Terus – CIMB & PayNet
  • Pembayaran Bil
  • JomPay
  • Koleksi FPX
  • ID DuitNow (dengan Nombor Pendaftaran Perniagaan)

Cara aktifkan CIMB BizChannel

Apabila anda baru pertama kali menggunakan perkhidmatan ini dan ingin log masuk, sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Buka laman web BizChannel di https://www.cimb.com.my/
  2. Klik pada First Time Login
  3. Sila masukkan maklumat Company ID dan User ID yang telah dihantar melalui emel
  4. Tekan butang Next
  5. Selepas itu, PIN akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang anda telah daftarkan.
  6. Sila masukkan nombor PIN tersebut dan kemudian tekan butang “Next”
  7. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan
  8. Seterusnya, klik butang submit
  9. QR Code akan ditunjukkan di laman tersebut selama satu jam (60 minit)
  10. Buka aplikasi BizChannel @CIMB pada peranti anda
  11. Slide untuk Mobile Token dan klik butang Next
  12. Kemudian, klik butang Add Token Account
  13. Gunakan peranti anda untuk mengimbas (scan) QR Code yang dipaparkan di portal.
  14. Masukkan Login Password dan tekan Submit
  15. Tandakan pada kotak “Agree with Terms Conditions” dan klik “done”
  16. Selesai

Cara Login CIMB BizChannel

Setelah pendaftaran berjaya, anda boleh log masuk ke akaun anda pada bila-bila masa yang anda inginkan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.cimb.com.my/
  2. Masukkan Company ID dan User ID
  3. Klik butang Next

Leave a Comment