Tarikh Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023

Hari Raya secara umumnya bermaksud ‘hari perayaan’, dan Hari Raya Aidilfitri khususnya adalah hari yang menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan.

Hari Raya Aidilfitri adalah satu perayaan besar bagi umat Islam di Malaysia dan perayaan ini juga sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia tidak kira yang beragama Islam atau bukan. Ini kerana perayaan ini menyediakan cuti selama beberapa hari. Biasanya sering berlaku kesesakan semasa perjalanan pulang tapi kesesakan itu akan reda setelah semua orang mencapai tujuan masing-masing.

Perayaan ini disambut untuk merayakan ‘kemenangan’ setelah sebulan berpuasa semasa bulan Ramadan. Dan di Malaysia perayaan ini sangat meriah.

Malam raya (iaitu hari terakhir berbuka puasa) adalah malam yang meriah di mana saudara-mara sudah mula berkumpul dan tiba di kampung halaman masing-masing.

Menjelang Hari Raya, kanak-kanak biasanya merupakan golongan yang paling gembira kerana mereka akan mendapat ‘duit raya’ begitu juga kepada setiap ahli keluarga. Pada Hari Raya, umat Islam saling bermaaf-maafan dan saling berkunjung ke rumah saudara mara untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Biasanya rumah terbuka juga sering diadakan di rumah-rumah, pejabat, syarikat dan tepat-tempat lain semasa Hari Raya.

Dan yang paling penting semasa Hari Raya pelbagai hidangan lazim disajikan termasuk ketupat, rendang, lemang, kuih-muih dan manisan tradisional seperti wajik dan dodol. Hidangan-hidangan ini membawa makna simbolik pada Hari Raya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tarikh Hari Raya Aidilfitri juga ditentukan mengikut kaedah melihat anak bulan / rukyah, sama seperti menentukan bulan puasa Ramadhan.

Pengumuman rasmi bagi tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 / 1444H akan dibuat oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak yang berkuasa seperti yang telah diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi bagi seluruh negara.

Berikut adalah tarikh jangkaan untuk sambutan Hari Raya Aidilfiti bagi tahun 2023.

Tarikh Hari Raya Tahun 2023

Perkongsian di atas merujuk kepada tarikh Hari Raya dan juga cuti umum bagi seluruh Malaysia yang terdapat pada kalender. Walau bagaimanapun, tarikh ini masih belum muktamad sepenuhnya. 

Leave a Comment