Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia merayakan Hari Raya Aidilfitri atau juga dikenal sebagai hari raya puasa pada tanggal 1 Syawal. Hari Raya Aidilfitri dirayakan untuk meraikan kemenangan dalam berpuasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan. Salah satu cara untuk menghidupkan malam raya adalah dengan melafazkan takbir raya aidilfitri.
Pada perayaan tersebut, terdapat pelbagai amalan yang digalakkan untuk dilaksanakan sebagai bukti tanda kesyukuran kita kepada ilahi. Salah satu amalan yang dikhususkan pada hari-hari tersebut adalah Takbir Raya yang bermaksud mengagungkan dan membesarkan Allah dengan lafaz zikir tertentu.
Teks Lafaz Bacaan Takbir Raya Aidilfitri Rumi dan Arab Berserta Maksud
Berikut adalah lafaz takbir raya Aidilfitri untuk panduan bersama:
اللَّهُ أَكْبَرْ, اللَّهُ أَكْبَرْ, اللَّهُ أَكْبَرْ,
ْ لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرْ, اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Rumi : Allahu akbar (x3), la ilaha Iillallahu wallahu akbar, Alllahu akbar walillah ilham
Maksudnya : Allah Maha besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.
اللَّهُ أَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً واَصِيْلاً,
لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَلَانَعْبُدُ اِلَّا إِيَّاهُ, مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّ يْنَ,
وَلَوْ كَرِهَ الكَا فِرُونَ,
لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَحْدَهُ,
صَدَقَ وَعْدَهُ,
وَنَصَرَ عَبْدَهُ,
وَأَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ الْاَحْزَابَ وَاحْدَهُ,
لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ,
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Rumi : Allahu akbar kabira walhamdulillahi kathira,
Wa subhanallahi bukrataw waasila
la ilaha ilallah walanahbudu illa iyyahu
Mukhlisina lahuddin,
walau karihal kafirun,
La ilaha illahllahu wahdah,
Sodaqa wahdah,
Wa a a’zzajundahu wahazamal ahza bawahda
La illaha illallahu wallahu akbar,
Allahu akbar walillailhamd.
Maksudnya : Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-sebanyak puji, dan Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya, dengan memurnikan agama Islam, meskipun orang-orang kafir membencinya. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ke Esaan-Nya, Dia dzat yang menepati janji, dzat yang menolong hamba-Nya dan memuliakan bala tentara-Nya dan menyiksa musuh dengan ke Esaan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya untuk Allah.
Waktu Bertakbir Raya
Terdapat perbezaan waktu bertakbir untuk Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha iaitu :
1. Hari Raya Aidilfitri
- Selepas terbenam matahari pada malam raya, iaitu masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri.
2. Hari Raya Aidiladha
- Waktunya takbir Muqayyad bagi Hari Raya Aidiladha. Mulai waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga
Jom kita bersama-sama perbanyakkan takbir pada 1 syawal. Ketika malam raya tiba, kita disunatkan untuk bertakbir memuji Allah dan juga tanda kemenangan kita berpuasa selama sebulan.