Pendaftaran SPRN 2021 : Permohonan Rumah Mampu Milik (Teduh)

sprn

Pendaftaran SPRN 2021 : Permohonan Rumah Mampu Milik (Teduh) . Sistem Pengurusan Perumahan Negara SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘One-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan jabatan Perumahan Negara KPKT.

TEDUH adalah saluran bagi portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.

baca: BPR 2021

Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit hendaklah dibuat melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara.

Pendaftaran SPRN

Bagi mereka yang ingin membuat pendaftaran boleh ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :

sprn
  1. Layari laman web rasmi SPRN , boleh dibuat melalui pautan ini = https://sprn.kpkt.gov.my/
  2. Klik “Daftar Akaun”
  3. Masukkan Nama, nombor Kad Pengenalan dan Alamat Emel yang digunakan.
  4. Klik “Daftar” dan semak emel bagi tujuan pengesahan.
sprn

Skim Bantuan SPRN

Antara skim bantuan dibawah SPRN termasuklah ;

  1. Skim MyHome
  2. Skim Rumah PPR
  3. Skim Rumah Transit
  4. Skim SPP

Untuk maklumam semua , Bermula 22 Oktober 2020, sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan Portal TEDUH dan Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) boleh dibuat melalui emel ke teduh@kpkt.gov.my dan Borang Meja Bantuan secara atas talian di pautan https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk .

Ini adalah berikutan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Artikel lain: eGumis: Semakan Wang Tak Dituntut

Cara Permohonan Rumah Mampu Milik

Untuk makluman, semua permohonan hendaklah dibuat secara online.

KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.

Proses Permohonan SPRN

Bagi proses permohonan, ikuti tujuh (7) langkah mudah seperti yang berikut :

  1. Daftar Akaun SPRN
  2. Log Masuk ke SPRN
  3. Pilih Skim Mengikut Kelayakan
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon
  5. Pilih Projek
  6. Muat Naik Dokumen Sokongan
  7. Pengesshan ( Hantar Permohonan )

Semakan Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan berbeza bergantung kepada skim yang anda ingin mohon.

Ada 4 skim yang anda boleh mohon bergantung dengan kelayakan anda , tekan link tersebut untuk melihat syarat yang anda boleh pohon.

  1. Skim MyHome = Syarat => https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/myhome
  2. Skim Rumah PPR Dimiliki dan Skim PPR Disewa = Syarat => https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/ppr_dimiliki dan https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/ppr_disewa
  3. Skim Rumah Transit = Syarat => https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/rumah_transit
  4. Skim SPP = Syarat => https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/spp

Soalan Lazim

Apakah fungsi TEDUH ?

TEDUH adalah saluran portal utama yang memaparkan maklumat tentang projrk-projrk dan program Perumahan awam dan swasta di Malaysia

Apakah skim perumahan yang ditawarkan SPRN ?

Antara skim perumah yang ditwarkan SPRN adalah Skim MyHome, Skim Rumah Transit, Skim Rumah SPP, SKim Rumah PPR disewa dan dimiliki.

Bolehkah permohonan dibuat secara manual ?

Tidak. Permohonan hendaklah dibuat secara online.

Apakah yang diperlukan untuk daftar akaun SPRN ?

Untuk daftar akaun hanya perlu masukkan nama , nombor kad pengenalan dan emel yang sah.

Leave a Comment