eGumis ANM : Semakan Wang Tak Dituntut Online 2023

eGumis

eGumis ANM : Semakan Wang Tak Dituntut Online 2023 . Sistem ini pada awalnya dijangka beroperasi suku kedua pada tahun 2018 namun telah ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Namun bermula pada 1 Januari 2021, eGumis kini boleh diakses sepenuhnya untuk semakan Wang Tak Dituntut.

Semakan boleh dibuat sama ada menggunakan nombor kad pengenalan ( individu ) atau nombor pendaftaran syarikat .

Sistem eGumis juga kini dilancarkan secara rasmi bagi memudahkan urusan semakan wang tak dituntut online.

Jom ikuti langkah-langkah untuk membuat semakan dengan mengikuti perkongsian dibawah.

eGumis semakan Wang tak Dituntut Online

Bagi memudahkan melakukan urusan semakan wang tak dituntut , Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan satu portal eGumis.

Bagi menggunakan sistem tersebut, anda perlu ikuti langkah-langkah dibawah :

  1. Layari laman web rasmi portal eGumis = https://egumis.anm.gov.my/
  2. Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
  3. Log masuk ke portal dengan menggunakan kata laluan sementara. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu
  4. Kemaskini maklumat pengguna.
  5. Klik pada ” KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” bagi membuat semakan wang tak dituntut melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang tak Dituntut tersebut (jika ada ).
eGumis

Untuk makluman semua, untuk fasa awal. eGumis hanya mengandungi rekod wang tak dituntut dari tahun 2006 sehingga sekarang.

Proses Tuntutan Wang Tak Dituntut

Permohonan tuntutan wang tak dituntut layak untuk pihak-pihak berikut ;

  • Empunya / pemilik wang tak dituntut sendiri
  • pentadbir harta pusaka ( wasi ) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka
  • Pelikuidasi yang mewakili syarikat / firma yang sedang dalam proses penggulungan
  • Individu atau syarikat / firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah atau :
  • suruhanjaya Syarikat Malaysia / Jabatan Insolvensi malaysia bagi syarikat / firma yang bubar atau individu bankrap .

Apa Itu Wang Tak Dituntut ?

Wang tak dituntut merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.

Contohnya :

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kaki tangan.
  • Dividen
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran.
  • Simpanan tetap ( tanpa arahan pembaharuan automatik ) yang telah matang.
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
  • Draf bank, cashier’s order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput.

Selain itu, wang dalam akaun yang tidakkaktif selama tujuh tahun termasuk dalam wang tak dituntut. Contohnya :

  • Akaun Simpanan
  • Akaun semasa
  • Simpanan tetap ( yang mempunyai arahan pembaharuan automatik ) .

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

eGumis

Untuk sebaran pertanyaa dan maklumat lanjut anda boleh hubungi pejabat pendaftar wang tak dituntut melalui alamat ini :

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur.

Tel ::03-2056 8000
Faks : 03-2072 5707 / 2026 7430.

Soalan Lazim

Apa itu Wang Tak Dituntut ?

Wang tak dituntut merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.m Baca antara contoh yang sepatutnya dibayar dalam perkongsian di atas.

Bolehkah membuat semakan wang tak dituntut melalui online ?

Ya. Anda boleh membuat semakan wang tak dituntut secara online dengan mengikuti langkah-langkah yang telah dikongsikan seperti di atas.

Berapa lamakah pembayaran Wang Tak Dituntut ?

Pembayaran akan mengambil masa dalam 1 bulan. Dan duit tersebut akan terus masuk ke akaun bank yang telah didaftarkan.

Adakah tahun-tahun sebelumnya di rekodkan dalam eGumis ?

eGumis hanya mengandungi rekod wang tak dituntut dari tahun 2006 sehingga sekarang.

Leave a Comment