Solat Tarawih : Niat dan Cara Solat (Bersendirian atau Berjemaah)

Berikut dikongsikan niat dan cara menunaikan solat tarawih bersendirian atau berjemaah bersama ahli keluarga yang dikongsikan dari Jakim dan Jabatan Mufti Johor.

Untuk makluman, hukum mengerjakan solat tarawih adalah sunat Muakkad ( yang sangat dituntut ) dikerjakan oleh orang-orang islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara sendiri / berseorangan atau berjemaah.

Niat dan Cara Solat Tarawih (Bersendirian dan Berjemaah)

1. Niat Solat Sunat Tarawih

Dikongsikan gambar sebagai rujukan, Niat tarawih untuk sembayang bersendirian , menjadi iman atau makmum.

solat tarawih

Bagi mereka ingin mengetahui lebih lanjut lagi dan dijadikan sumber pengetahuan anda boleh terus baca di artikel rasmi yang dikongsikan dari Jakim = https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/SOLAT_TARAWIH_-_EDISI_2018.pdf

2. Cara Solat Sunat Tarawih

Berikut adalah cara solat sunat tarawih yang boleh dilakukan sama ada secara sendirian atau berjemaah.

i ) Lafaz Niat Solat Tarawih

ii ) Menyempurnakan Rukun Solat Yang Lain.

  • Rukun solat sunat tarawih ini sma dengan rukun solat yang lain.
  • Selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, perlu membaca al-fatihah, surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan kemudian meneruskan rakaat kedua sehinggalah bacaan tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam.
  • Jumlah rakaat boleh dilakukan sama ada 8 rakaat ( 4 salam ) atau 20 rakaat ( 10 salam ).

3. Bacaan Surah

Secara ringkasnya, sebenarnya kita boleh saja membaca apa-apa surah yang di hafal. Namun pada malam satu hingga 15 Ramadhan boleh juga dibaca surah-surah yang tertentu pada rakaan pertama mengikut susunan seperti :

  • Surah Al-Takthur
  • Surah Al-Asr
  • Surah Al-Humazah
  • Surah Al-Fill
  • Surah Quraisy
  • Surah Al- Ma’un
  • Surah Al-Kafirun
  • Surah Al-Nasr
  • Surah Al-Masad

Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan,

  • Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
  • Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al- takathur hingga kepada surah al-masad.

Umum untuk pengetahuan semua, penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan diatas hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakaat sahaja dan kerana itu seseorang boleh saja membaca mana-mana surah atau ayat yang diigati.

Solat Sunat Witir

Untuk pengetahuan semua, solat sunat witir ditunaikan apabila selesai mengerjakan solat sunat tarawih. Dan solat sunat witir ini dikerjakan sebanyak 3 rakaat.. Lihat gambar yang dikongsikan dibawah sebagai rujukan.

Soalan Lazim

Apakah hukum Solat Sunat Tarawih ?

Hukum solat sunat tarawih adalah sunat Muakkad, iaitu sangat dituntut ( dikerjakan ) oleh orang-orang islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam Ramadhan.

Bilakah waktu solat sunat tarawih ditunaikan?

Solat sunat tarawih ditunaikan selepas menunaikan solat Fardhu Isyak dan sunat ba’diah (selepas isyak ) dua rakaat.

Apakah salah satu keistimewaan solat sunat tarawih ?

Salah satu keistimewaan solat sunat tarawih adalah, Tidak ada solat tarawih pada malam selain bulan Ramadhan.

Bolehkah solat sunat tarawih dikerjakan sendirian ?

Solat sunat tarawih boleh dikerjakan sama ada secara berseorangan mahupun berjemaah.

Leave a Comment