Permohonan Rumah Residensi Wilayah . Residensi Wilayah (RUMAWIP) merupakan rumah mampu milik untuk golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan bagi membeli dan memiliki rumah sendiri.
Residen Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP, kini ia diberi nafas baru dengan tagline “Residensi Wilayah Residensiku”. Ini juga adalah inisiatif kerajaan yang direka untuk menyediakan rumah mampu milik pada pembeli rumah pertama.
Secara lebih spesifiknya, Residensi Wilayah merujuk kepada Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM300,000 seunit.
Syarat Kelayakan
Kepada mereka yang berminat untuk memohon Permohonan Rumah Residensi Wilayah, seseorang itu perlu memenuhi syarat kelayakan, antaranya :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Dilahirkan atau menetap / bekerja di Wilayah Persekutuan
- Berpendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (berkahwin).
Cara Memohon Permohonan Rumah Residensi Wilayah 2022
Berikut adalah cara-cara untuk memohon Permohonan Rumah Residensi Wilayah , sila ikuti langkah-langkah tersebut :
- Layari laman web rasmi = https://residensiwilayah.kwp.gov.my/projek
- Daftar pemohon
- Lengkapkan profil perbadi
- Pilih projek yang diminati
- Muat turun surat akuan sumpah
- Tandatangan di hadapan Pesuruhjay Sumpah
- Muat naik dokumen
- Sahkan profil dan dokumen sokongan
Dokumen Sokongan
Berikut adalah senarai dokumen untuk sokongan yang diperlukan :
Cara Semakan Status Permohonan
Pemohon boleh log masuk ke = https://residensiwilayah.kwp.gov.my/ untuk menyemak status permohonan semasa.
*Nota – Tempoh sah laku permohonan adalah setahun dari tarikh dokumen sokongan lengkap yang telah dimuat naik dan status boleh disemak melalui akaun pemohon.
Senarai Projek Residensi Wilayah
Antara senarai Projek Residensi Wilayah ialah :
- Rumawip Setapak J
- Rumawip Bukit Jalil
- Rumawip Taman Miharja
- Residensi Max
- Residensi Laman Segar Hijau
- Residensi Alamanda
- Residensi MH Platinum 2 / Merdu
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi = https://residensiwilayah.kwp.gov.my/ atau pemohon boleh hubungi di talian 03-26179154.
Soalan Lazim
Berapakah had umur bagi syarat kelayakan untuk memhon ?
Berumur 21 tahun ke atas.
Bolehkah unit yang dibeli dan kemudiannya dijual ?
Residensi Wilayah mensyaratkan sekatan penjualan selama 10 tahun dari tarikh pertama Perjanjian Jual Beli ditandatangani.