Permohonan Ithbat Hafazan Al-Quran 2022. Untuk makluman, kepada mereka yang berminat bagi Program Ithbat Hafazan Al-Quran Negeri Selangor 2022, permohonan kini terbuka kepada mereka yang layak.
Berikut dikongsikan garis panduan kepada semua yang ingin mengikuti program tersebut.
Tarikh Tutup Permohonan Permohonan Ithbat Hafazan Al-Quran 2022
Tarikh bagi tutup Permohonan Ithbat Hafazan Al-Quran 2022 adalah :
- Tarikh : 22 Syaaban 1443H / 25 Mac 2022
- Hari : Jumaat
Walaubagaimanapun, pihak urusetia berhak untuk mengubah tarikh temuduga tersebut mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
Syarat Kelayakan Permohonan Ithbat Hafazan Al-Quran 2022
Syarat kelayakan tersebut hendaklah dipenuhi oleh pemohon, antaranya :
- Beragama Islam dan Warganegara Malaysia.
- Menetap di negeri Selangor melebihi tiga tahun.
- Pemohon yang lahir di negeri selangor tetapi menetap di luar selangor tidak layak untuk memohon.
- Pemohon yang tidak menetap dan hanya belajar di Negeri Selangor juga tidak layak untuk memohon.
- Tidak menerima apa-apa elaun ithbat dari mana-mana Majlis Agama Islam Negeri lain, badan berkanun atau mana-mana meyayasan.
- memiliki Sijil Khatam Al-Quran / Syahadah yang dikeluarkan oleh Institusi Tahfiz.
- Berumur 18 tahun ke atas bagi kategori 1 hingga 10 juzuk dan 1 hingga 20 juzuk pada tarikh tutup penyertaan. Bagi kategori 1 hingga 30 juzuk terbuka kepada semua peringkat umur.
Cara Permohonan Ithbat Hafazan Al-Quran 2022
Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi Jais di = https://www.jais.gov.my/v2/index.php / atau di Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
Pemohon juga boleh menghantar borang tersebut ke Bahagian Dakwah Jais di :
- Tingkat 7 Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
No.2, Persiaran Masjid Bukit S.U.K,
Seksyen 5, 40676 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. - No. Telefon : 03-55143590 / 03-5514 3507
Atau penghantaran borang juga boleh dibuat melalui email. Pastikan borang permohonan anda telah :
- Lengkap diisi kesemuanya.
- mendapat sokongan Ketua unit Dakwah Daerah.
- Salinan dokumen yang telah disahkan.
- Mengimbas (Scan) semua dokumen yang diperlukan dalam bentuk format “PDF”.
- Hantar dokumen yang telah lengkap diimbas ke email = ithbathafazan@gmail.com
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen-dokumen yang diperlukan antaranya :
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Sijil Khatam Hafazan Al-Quran / Syahadah Hafaz Al-Quran
- Borang Pengesahan Pemastautin (wajib kepada semua pemohon)
- Salinan penyata akaun bank pemohon yang terkini (akaun Tabung Haji tidak diterima)
Untuk makluman pemohon, salinan dokumen di atas perlu disahkan oleh Penghulu Mukim / Nazir Masjid / Pengerusi JKKK / Pengerusi JawatanKuasa.
Kadar Elaun
Kadar elaun adalah bergantung kepada peruntukan kewangan semasa yang diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Proses Temuduga
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Calon yang lulus tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
- Calon yang layak menduduki temuduga akan dihubungi melalui surat / email / panggilan talefon.
- Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
- Calon hendaklah hadir pada tarikh dan masa ujian yang telah ditetapkan.
- Sebarang rayuan dan pertukaran tarikh ujian temuduga tanpa sebarang alasan yang munasabah tidak akan dilayan.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh terus hubungi )3-5514 3590 / 03 5514 3507
Soalan Lazim
Berapakah kadar elaun ?
Bergantung kepada peruntukan kewangan yang diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Bolehkah pemohon dari negeri lain untuk memohon?
Tidak.