Permohonan Jawatan Guru KAFA. Untuk makluman, permohonan bagi jawatan guru KAFA di Negeri Sembilan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sebagai agensi yang menguruskan pengurusan kelas KAFA di Negeri Sembilan.
Kepada individu yang berminat dengan jawatan ini, pemohon boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan dan pemohon perlu membuat penghantaran sebelum tarikh tutup iaitu sebelum 1 Mei 2022.
Jumlah Gaji
Jumlah gaji yang ditawarkan bagi guru kelas KAFA ini adalah sebanyak RM1,000 sebulan.
Syarat Permohonan Jawatan Guru KAFA
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin membuat permohonan adalah :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki kelulusan seperti :
– SPM dengan kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.
– SPM dengan kepujian ( Sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek
1. Pendidikan Islam
2. Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah
3. Pendidikan Syariah Islamiah
4. Subjek yang setaraf seperti di atas.
– Lulus bagi subjek Bahasa Arab Tinggi (Boleh Berkomunikasi). - Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam al-Quran, fardhu ain dan tulisan jawi.
- Keutamaan adalah calon kelahiran Negeri Sembilan
- Bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah KAFA di seluruh Negeri Sembilan.
Cara Mohon Permohonan Jawatan Guru KAFA
Untuk cara mohon Permohonan Jawatan Guru KAFA ini, pemohon boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Layari pautan tersebut = https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1EPcuh4G630twKEtRaDQBHp33Iul5XzrO
- Muat turun borang permohonan.
- Lengkapkan borang permohonan tersebut.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Tuliskan nama daerah yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut :
Pengarah
Jabatan HAl Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
(u.p: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, JHEAINS)
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk disediakan oleh pemohon adalah :
- Salinan surat beranak yang telah disahkan.
- Salina kad Pengenalan yang telah disahkan.
- Salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan.
Ujian Bertulis & Temu Duga
Untuk calon yang layak akan dihubungi melalui telefon atau emel bagi menghadiri ujian bertulis dan seterusnya sesi temu duga.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Jawatan Guru KAFA Negeri Sembilan ini, pemohonan boleh menghubungi terus ke = 06-767 1098/2897.
Soalan Lazim
Berapakah had umur untuk memohon jawatan guru KAFA ini ?
Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 40 tahun pada tarikh tutup permohonan
Bilakah tarikh tutup permohonan ?
Tarikh tutup permohonan pada 01 Mei 2022.
Berapakah kadar gaji untuk jawatan ini ?
Kadar gaji yang ditawarkan untuk jawatan ini adalah sebanyak RM1,000 sebulan.