Permohonan Bantuan Komputer Riba B40 . Bagi pelajaar B40 di Neeri Sembilan yang mana masih tidak mempunyai komputer riba untuk tujuan pelajaran/pendidikan boleh membuat permohonan menerusi Bantuan komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan.
Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri sembilan ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Sembilan untuk membantu para pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan sempurna.
Oleh itu, diharap dengan adanya bantuan ini dapat membantu pelajar daripada golongan B40 yang tidak berkemampuan untuk membeli komputer riba bagi memudahkan lagi untuk mengikuti kelas di atas talian, pembelajaran dan pengajian dari rumah dan sebagainya.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi pelajar yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut :
- Merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan.
- Atau menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahu.
- Pendapatan isi rumah B40 terkini (kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa).
- Pelajar IPTA/ Politeknik yang masih belajar di peringkat pengajian, Diploma dan Ijazah sahaja (pelajar sepenuh masa).
- Permohonan hanya layak kepada pelajar tahun pertama sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar).
- Sekiranya terdapat 2 permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya 1 pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.
Cara Mohon Permohonan Bantuan Komputer Riba B40
Permohonan Bantuan Komputer Riba B40 Yayasan Negeri Sembilan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- Layari pautan permohonan disini = https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfBAdo0J7vexaWT5HVoCJDhViHOqRnmoiu8vxb6mXgakfHNXA/viewform
- Baca syarat permohonan dan klik butang “Next”.
- Isi maklumat permohonan dan klik butang “Next”.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang “Submit” untuk menghantar.
Dokumen Diperlukan
Anatar dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah :
- Sijil kad pengenalan.
- Surat tawaran belajar.
- Surat pengesahan belajar.
- Sijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5.
- Penyata gaji bapa.
- Surat pengesahan pendapatan bagapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
- Penyata gaji ibu.
- Surat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
- Salinan kad pengenalan bapa.
- Salinan kad pengenalan ibu.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Bantuan Komputer Riba B40 Yayasan Negeri Sembilan ini , sila layari laman web rasmi = https://www.yns.gov.my/v7/ms atau anda boleh terus menghubungi Yayasan Negeri Sembilan di talian 06-762 8046.