Kerajaan Negeri Kedah menyediakan peluang bantuan kepada anak-anak Negeri Kedah yang berjaya diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada sesi kemasukan Januari hingga Jun 2023 melalui program Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT).
Untuk pelajar baharu yang akan memasuki IPT pada tahun ini, anda dialu-alukan untuk membuat permohonan secara atas talian. Tarikh permohonan dibuka dari 1 Julai 2023 hingga 31 Oktober 2023 bagi semester pertama kemasukan anda, iaitu dari Julai 2023 hingga November 2023.
Syarat Permohonan ?
Antara syarat-syarat permohonan yang perlu anda ketahui untuk membuat permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon lahir di Negeri Kedah dan bermastautin serta menetap di Negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah dan bilangan anak adalah seperti berikut :
i ) RM3,000.00 dan ke bawah – tiada syarat bilangan anak.
ii) RM3,001.00 – RM6,000.00 – lebih daripada 3 orang anak (selain pemohon) berumur 21 tahun dan ke bawah sahaja. - Permohonan dibuka bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bagi semester pertama kemasukan baharu tahun 2023 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency).
- Pemohon hendaklah membuat BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN atau mengemukakan SURAT PENGESAHAN PENERIMAAN TAWARAN MASUK IPT.
- Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
- Pelajar SIJIL/ASASI/MATRIKULASI/FOUNDATION/SARJANA/PhD/Pasca-Siswazah/Separuh Masa/Luar Kampus/Program Persediaan Perguruan/Institusi Perguruan/Latihan Separa Perubatan di Kolej Perubatan/Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia TIDAK LAYAK memohon.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada pelajar yang layak menerima bantuan ini adalah RM300.
Cara Permohonan
Anda boleh membuat permohonan secara online melalui pautan yang disediakan di https://eservices.kedah.gov.my/. Ikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Layari laman web https://eservices.kedah.gov.my/
- Klik pada “Daftar Pengguna Baru” dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Kemudian, klik “Daftar”
- Setelah mendaftar, log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
- Selesai, anda kini boleh membuat permohonan dan hantar permohonan anda.