Berita baik buat ibu bapa yang memiliki anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022. Kerajaan Negeri Selangor kini memperkenalkan Program Iltizam Anak Selangor. Ia adalah satu skim baru dalam rangka Iltizam Selangor Penyayang yang menawarkan sumbangan RM500 untuk setiap bayi yang baru dilahirkan.
Apa Itu Program Iltizam Anak Selangor
Program Iltizam Anak Selangor adalah skim baru yang berada di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang. Dalam program ini, bantuan sebanyak RM500 akan diberikan dalam bentuk tabung simpanan bernilai RM100 setiap tahun selama 5 tahun.
Bantuan ini akan disasarkan kepada 30,000 bayi yang baru dilahirkan di Negeri Selangor mulai tahun 2022.
Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpanan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun kelahiran.
Wang simpanan dalam akaun SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila anak mencapai usia 18 tahun ke atas.
Tempoh Permohonan
Anda boleh membuat permohonan bermula 1 Ogos 2022. Permohonan akan terus dibuka sehingga program ini mencapai jumlah maksimum 30,000 orang pemohon yang memenuhi syarat Iltizam Anak Selangor.
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan bantuan ini, anda boleh ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan seperti berikut:
- Anda boleh membuat permohonan secara dalam talian di https://anas.yawas.com.my/
- Borang permohonan secara manual juga boleh didapati di di pejabat DUN berhampiran
- Dokumen sokongan yang diperlukan perlu dimuat naik dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dalam talian dibuat. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan sijil lahir anak
- Salinan IC Ibu/ bapa/ penjaga
- Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
- Salinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan)
- Salinan akuan sumpah (hubungan selain ibubapa kandung/angkat)
Semakan Status Permohonan
Sekiranya anda ingin membuat semakan status permohonon. Anda boleh semak melalui pautan https://anas.yawas.my/online/permohonan.php.
Semoga apa yang kami kongsikan dalam artikel ini dapat memudahkan urusan anda.