Peniaga Gunakan Duit BPN Untuk Buat Modal

Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara ini tidak menjadi penghalang untuk seorang peniaga buah di Alor Setar cuma duduk berdiam diri menunggu bantuan.

Beliau menjadikan wang bantuan prihatian nasional (BPN) yang diterimanya daripada kerjaaan untuk dijadikan modal berniaga buah-buahan secara online.

Muhammad Azizi, seorang peniaga berumur 29 tahun itu menjadikan modal BPN untuk menghantar order buah yang diperoilehinya dari rumah ke rumah.

Beliau cuma menggunakan whatsapp dan Facebook bagi mempromosikan perniagaanya.

Menurut Azizi, pada permulaan PKP fasa pertama, dia tekad untuk berniaga dari rumahnya di Kepala Batas menggunakan platform media sosial Whatsapp dan Facebook.

Kini pada 4 Mei 2020, peniaga boleh membuat semakan BPN Fasa 2 untuk mengetahui sama ada wang telah dikreditkan atau belum.

Kepada peniaga, bolehlah menggunakan wang BPN pemberian fasa 2 ini untuk memperkukuhkan lagi perniagaan dan dengan membeli barang untuk diniagakan.

Leave a Comment