Pembayaran BPN Fasa 2 Meringankan Beban Rakyat

Dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei, ramai rakyat yang mula gusar bagaimana cara untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Disebabkan hal inilah, Menteri Kewangan telah membuat keputusan untuk meng-awalkan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN Fasa 2 kepada penerima.

BPN fasa 2 akan membayara golongan B40 dan juga golongan M40 yang layak. Bagi isi rumah, jumlah baki bayaran adalah RM600 atau RM500.

Manakala bagi bujang pula baki pembayaran adalah RM300 atau RM250.

Anda boleh membuat semakan BPN Fasa 2 pada laman web rasmi LHDN ataupun pada laman khas bpn.hasil.gov.my.

Selain pengumuman ini, pihak kerajaan juga telah memutuskan untuk melonggarkan pembukaan kedai-kedai dan premis perniagaan lain yang dirasakan perlu untuk dibuka.

Antara kedai yang mulai dibuka adalah dobi layan diri, kedai perlatan hardware, barangan elektrik, bengkel dan yang lain.

Namun, kesemua premis ini perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Maklumat lain, permohonan rayuan BPN telahpun ditutup pada 30 April 2020.

Leave a Comment