Permohonan Pengeluaran Khas KWSP April 2022 (RM10K)

Kerajaan telah mengumumkan kebenaran pengeluaran khas KWSP pada tahun 2022.

Pengeluaran khas KWSP ini maksimum sehingga RM10,000. Ianya bergantung kepada baki di dalam akaun para pencarum.

Permohonan boleh mula dibuat pada 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.

Syarat Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Berikut adalah syarat yang perlu dipenuhi sebelum anda layak untuk mengeluarkan simpanan KWSP ini.

  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai baki di dalam akaun 1 dan akaun 2 KWSP.
  • Pengeluaran minimum sebanyak RM50.
  • Pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000

Pembayaran pertama dijangka akan dibuat pada 20 April 2022 bersmaan hari rabu.

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Permohonan dibuka pada 1 April 2022. Kami akan mengemaskini pautan permohonan untuk membolehkan anda membuat pendaftaran pengeluaran khas KWSP ini.

Untuk maklumat tambahan, pengeluaran akan didahulukan pada akaun 2 sebelum menggunakan akaun 1 KWSP.

Anda boleh semak penyata baki KWSP anda dahulu sebelum membuat permohonan.

Ikuti t.me/portalsemakndotcom untuk info lanjut dan kemaskini mengenai permohonan ini.

Bilakah permohonan pengeluaran khas KWSP dibuka?

Pada 1 April 2022.

Berapakah jumlah minimum pengeluaran?

RM50

Berapakah jumlah maksimum pengeluaran?

RM10,000

Leave a Comment