Permohonan Pembiayaan Pinjaman PTPK

Pembiayaan Pinjaman PTPK. PTPK adalah agensi yang menawarkan pembiayaan pinjaman kepada pelajar yang menyambung pengajian sama ada di institusi TVET awam atau swasta.

Sasaran pembiayaan pinjaman ini diberikan kepada golongan pelajar lepasan sekolah yang berminat untuk menyambung pengajian di mana-mana institusi TVET di dalam negara.

Kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di institusi TVET bolehlah membuat permohonan pembiayaan pinjaman PTPK atau Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini adalah daripada RM2,500 sehingga RM24,000.

Elaun Sara Hidup

Bagi pelajar yang layak menerima pinjaman ini akan mendapat Elaun Sara Hidup sebanyak RM400 setiap seorang.

Program Layak Memohon

Untuk program yang layak memohon pembiayaan pinjaman ini adalah seperti berikut :

  • Sijil Kemahiran MAlaysia (SKM).
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

Tatacara Permohonan Pembiayaan Pinjaman PTPK

Permohonan pinjaman ini boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu :

  1. Pelajar perlu mendaftar dan memulakan latihan di Pusat Latihan atau Penyedia Latihan yang berdaftar dengan PTPK.
  2. Pelajar membuat permohonan pinjaman melalui Pusat Latihan / Penyedia Latihan secara online.
  3. Tunggu kelulusan permohonan seawal 1 hari bekerja.
  4. Surat Tawaran Latihan Kemahiran akan dikeluarkan.
  5. Pelajar diminta mengemukakan dokumen serta salinan Perjanjian pembiayaan Latihan Kemahiran.
  6. Buat semakan dokumen Perjanjian Pembiayaan Latihan Kemahiran yang dikemukakan.
  7. Yuran latihan akan dibayar terus kepada Pusat Latihan / Penyedia Latihan manakala Elaun Sara Hidup akan disalurkan terus kepada pelajar yang layak.
Pembiayaan Pinjaman PTPK

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Pembiayaan Pinjaman PTPK, sila layari laman web rasmi = https://www.ptpk.gov.my/

Soalan Lazim

Apa itu PTPK ?

PTPK atau Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ialah satu agensi yang menawarkan pembiayaan oinjaman kepada pelajar yang menyambung pengajian sama ada di institusi TVET awam atau swasta.

Berapakah kadar pinjaman menerusi pembiayaan PTPK ini ?

Kadar pinjaman yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini adalah sebanyaka RM2,500 hingga RM24,000.

Berapakah Elaun Sara Hidup bagi pelajar yang layak ?

Elaun sara hidup akan diberikan kepada mereka yang layak sebanyak RM400 setiap seorang.

Leave a Comment