Apa Itu Midjourney
Midjourney adalah teknologi kecerdasan buatan yang dicipta dan dikembangkan oleh Midjourney, Inc., sebuah makmal penyelidikan bebas yang berpusat di San Francisco. Platform ini memiliki kemampuan untuk menghasilkan gambar-gambar realistis sesuai permintaan pengguna dengan cara yang serupa dengan DALL-E OpenAI dan Stable Diffusion.
Pada tahun 2021, Midjourney diasaskan oleh David Holz yang merupakan salah satu pendiri bersama Leap Motion. Perkhidmatan ini sedang berada dalam fasa beta terbuka dan boleh diakses oleh pengguna melalui bot Discord. Syarikat sedang berusaha untuk membangunkan antara muka web yang lebih mesra pengguna dan menawarkan tiga tahap langganan yang berbeza untuk memenuhi pelbagai keperluan.
Midjourney merupakan alat AI yang sangat sesuai untuk seniman, pereka, atau sesiapa yang ingin mengeksplorasi kreativiti mereka melalui gambar.
Cara Menggunakan Midjourney
Midjourney boleh digunakan melalui komputer atau telefon pintar. Sebelum anda menggunakannya, ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan.
- Sila daftar dan langgan akaun Midjourney
- Daftar akaun discord
- Pertama sekali, muat turun aplikasi Discord sama ada pada PC atau telefon pintar anda
- Setelah mendaftar, anda boleh log masuk ke akaun anda
- Pergi ke website https://www.midjourney.com/
- Klik pada join in beta dan akan keluar invitation. Bila tekan akan terus masuk ke apps discord.
- Kemudian klik pada Newcomer Rooms.
- Kemudian, Anda boleh tekan “tulis /imagine”. Pastikan untuk menekan butang prompt sebelum mula menulis.
- Masukan “Prompt” ni merupakan arahan dalam bentuk teks yang kita taip berdasarkan imaginasi atau kehendak kita mengenai gambar yang hendak di hasilkan oleh Midjourney
- Setelah itu, anda perlu menunggu beberapa minit atau anda juga dapat keluar dan menunggu hasilnya di bahagian “Home” bahagian “Mention You”.
- Apabila keputusan keluar, Midjourney Bot telah menghasilkan karya seni untuk anda, ia akan memberi anda empat imej berbeza. Anda boleh memilih mana satu yang anda ingin tingkatkan dengan mengklik butang yang berkaitan (U1 untuk meningkatkan imej 1, U2 untuk imej 2 dan seterusnya).
- Butang U bermaksud Upscale -Untuk besarkan gambar.
- Butang V bermaksud Variation- Untuk pelbagaikan gambar tu.
- Jika anda ingin melihat semua gambar yang telah anda hasilkan, pergi ke Halaman Utama Midjourney anda.
Jika anda mencari cara mudah untuk membuat gambar AI, Mid Journey AI adalah pilihan terbaik yang patut anda pertimbangkan.