Lafaz Niat Puasa (Sehari Dan Sebulan)

MAKSUD PUASA

Puasa dalam bahasa arab memiliki erti “menahan diri”. Secara istilah syarak, puasa diertikan sebagai tindakan menahan diri dari makan, minum, dan hal-hal lain yang dapat membatalkan puasa, dimulai dari terbitnya fajar shadiq hingga terbenamnya matahari disertai niat yang benar dan tulus.

LAFAZ NIAT PUASA

1. Lafaz Niat Puasa Harian

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

  • Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

2. Lafaz Niat Puasa Sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

  • Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Niat puasa harian dan sebulan

10 AMALAN SUNAT YANG BOLEH DILAKUKAKAN KETIKA BULAN RAMADHAN

Meskipun ada banyak amalan sunat yang boleh kita amalkan selama bulan Ramadhan, saya ingin berbagi 10 di antaranya yang mungkin sudah diketahui oleh semua orang namun sering terlupakan. Antaranya :

  1. Solat terawih
  • Solat terawih adalah solat sunat yang hanya dilakukan selama bulan Ramadhan. Tidak ada alasan untuk mengabaikan solat terawih, baik melakukannya di masjid mahupun secara bersendirian di rumah.

2. Melaksanakan makan sahur dan melewatkannya

  • Banyak orang mengabaikan sahur karena tidak ramai yang mengetahui keberkatan yang terkandung di dalamnya. Saat sahur, kita dengan mudah dapat melaksanakan qiyamullail dan membaca Al-Quran. Oleh karena itu, penting bagi kita untuk tidak mengabaikan sahur.”

3. Menyegerakan berbuka puasa apabila masuk waktu berbuka

  • Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, segera buka puasa. Tidak masalah sekiranya kita ingin berbuka puasa dengan kurma dan air kemudian solat Maghrib ataupun berbuka puasa dengan makanan berat, namun perlu diingat untuk tidak berlebihan supaya tidak menyusahkan kita untuk solat maghrib dan solat terawih.
  1. I’tikaf
  • I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat untuk beribadat kepada Allah. Pada bulan Ramadhan, manfaatkan kesempatan untuk datang ke masjid, karena masjid adalah tempat kita untuk mendapat hidayah. Mereka yang rajin ke masjid adalah orang-orang yang memiliki iman yang kuat karena meskipun jaraknya hanya sejengkal masjid adalah tempat yang paling berat untuk dikunjungi.
  1. Membaca Al-Quran
  • Ramadhan merupakan bulan yang mana Al-Quran diturunkan. Gunakan peluang ini untuk kita membaca dan memahami Al-Quran. Khatam Al-quran di bulan Ramadhan adalah bonus untuk korang. Percayalah mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran mampu bersihkan hati dan jiwa kita.
  1. Bersedekah
  • Dalam bulan Ramadhan, banyakkanlah bersedekah kerana Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda. Tidak penting jumlah atau bentuk sedekah yang kita berikan kerana Allah menilai hati dan keikhlasan kita ketika bersedekah. Ikutlah kemampuan diri sendiri.
  1. Memperbanyakkan doa
  • Doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah. Perbanyakkanlah berdoa kerana Allah pasti akan mengabulkan doa setiap hambaNya yang berdoa dengan tulus dan ikhlas. Tambah-tambah doa sebelum kita berbuka dan juga doa ketika tahajud.
  1. Melakukan umrah
  • Ketika bulan ramadhan, pahala menunaikan ibadah umrah sangat besar pahalanya dan berlipat kali ganda. Bayangkan pahala ketika solat di Masjidil Haram 100000 pahala berbanding tempat lain apatah lagi ketika bulan Ramadhan. Jangan lepaskan peluang ini untuk mereka yang berkemampuan.
  1. Memberi makan orang yang berbuka
  • Berkongsi rezeki ketika berbuka puasa adalah satu amalan yang mulia dan dapat mengeratkan hubungan sesama manusia. Dengan cara ini, kita dapat bersama-sama merasai nikmatnya berbuka puasa dan memberi kebahagiaan kepada orang lain. Oleh itu, janganlah kita berkira dalam berkongsi makanan dengan keluarga, kawan-kawan, dan jiran tetangga kita.
  1. MENGHIDUPKAN 2/3 MALAM
  • Dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang sangat istimewa… malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar. Rasulullah SAW bersungguh-sungguh beribadah pada 10 malam terakhir. Baginda bersemangat membangunkan ahli keluarganya untuk bersama-sama mengerjakan ibadah pada pertengahan malam. Carilah malam al-Qadr pada waktu ini.

Marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan sunat ini ketika bulan ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa buat umat Islam di dunia.

Leave a Comment