Tahukah anda bahawa anda boleh membeli rumah dengan menggunakan wang simpanan di dalam KWSP?
Jika anda berniat untuk membeli rumah menggunakan wang simpanan KWSP, di sini kami kongsikan caranya.
Ramai pembeli tidak mampu membeli rumah sendiri dari tahun ke tahun.
Bagi tujuan pembelian rumah ini, KWSP hanya membenarkan pengeluaran dari akaun 2 KWSP.
Setelah semua dokumen lengkap, anda perlu menunggu dalam tempoh 15 hari sebelum permohonan diluluskan dan akan dibayar kepada anda.
Anda boleh melihat transaksi di dalam i-Akaun KWSP untuk melihat status permohonan.
Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah
Untuk layak menggunakan kemudahan ini,anda perlulah;
- Warganegara Malaysia
- Berumur 55 tahun ke bawah.
- Membeli rumah kediaman.
- Baki minimum RM500 dalam akaun 2.
- Tidak pernah guna KWSP 2 untuk tujuan yang sama.
- Permohonan pinjaman telah diluluskan.
Cara Permohonan
Bawa bersama dokumen-dokumen hyang disenaraikan ini dan hadirkan diri ke pejabat cawangan KWSP berdekatan anda.
- Kad pengenalan
- Surat perjanjian jual beli rumah.
- Buku bank atau penyata akaun simpanan.
Maklumat lanjut secara terperinci dokumen yang diperlukan, boleh lihat di sini https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/buy-home#subsale
Jom join kami di t.me/portalsemakandotcom untuk info-info terkini mengenai KWSP dan bantuan lain yang ditawarkan.
Adakah perlu hadir ke pejabat KWSP?
Ya. Untuk mengecam cap jari dan untuk pastikan permohonan dibuat oleh pemilik akaun sendiri.
Adakah ianya terpakai untuk pembelian rumah kedua?
Ya. dokumen berbeza diperlukan bagi pembelian rumah kedua.
Bagaimana cara semak status permohonan?
Anda boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP (03-89226000)