e-Operasi : Login Modul Pengurusan Guru 2020 merupakan satu Modul Pengurusan Guru yang telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat iaitu ( BPM ) bagi memudahkan dalam melancarkan sistem pentadbiran dalam pengurusan yang melibatkan sekolah, guru dan murid-murid.
Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang mana melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu ;
- Pentadbir siitem ( Pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah )
- Pengguna ( Guru dan bukan guru )
Artikel lain: Semakan i-Citra 2021
Sistem pengurusan sekolah ini juga dibahagikan kepada 3 modul pengurusan KPM, antaranya :
- Modul Pengurusan Guru ( eOperasi )
- Modul Pengurusan Sekolah ( EMIS )
- Modul Pengurusan MUrid ( APDM )
Untuk makluman, setiap guru wajib melaksanakan verifikasi data guru melalui sistem e-Operasi 2020.
Login eOperasi Online
- Layari laman web rasmi bagi Log Masuk eOperasi yang disediakan = https://eoperasi.moe.gov.my/
- Anda akan dipaparkan seperti gambar dibawah :
- Masukkan ID anda dan juga kata laluan pada ruang yang disediakan ( dibahagian kiri )
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Klik Login.
Lupa Kata Laluan
Sekiranya pengguna menghadapi masalah untuk login disebabkan terlupa kata laluan, kata laluan tersebut boleh diperolehi dengan hanya mengikuti langkah-langkah di bawah :
- Tekan butang Lupa Kata Laluan
- Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan
- Tekan butang Hantar
- Pengguna akan menerima kata laluan melalui emel yang telah didaftarkan.
Tukar Kata Laluan
- Sekiranya pengguna ingin menukar kata laluan, klik butang “ Tukar Kata Laluan.
- Masukkan maklumat yang diperlukan bagi pengesahan. ( Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pedaftran pengguna ),
- Tekan butang Hantar,
Pengguna Baru
Untuk pengguna kali pertama, anda perlu membuat pendaftaran pengguna baru.
Klik ” Pendaftran Pengguna ” atau terus layari = https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm
- Pengguna perlu mengisi ruangan dengan teliti. Supaya tiada masalah ketika log masuk ke dalam sistem.
- Tekan butan SIMPAN untuk proses pendaftaran.
- Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.
Soalan Lazim
Sekiranya terlupa kata laluan ?
Pengguna hanya tekan pautan ” Lupa kata laluan” dan ikuti langkah seperti dikongsikan.
Jika terdapat maklumat yang tidak betul atau tepat, Apa yang perlu dilakukan ?
Terus sahaja maklumkan ke pada PK1,PK2,PK3
Yaa. Hanya tekan butang ” Tukar Kata Laluan ” dan masukkan maklumat yang diperlukan bagi pengesahan.
Apakah maklumat yang diperlukan bagi pendaftaran pengguna baru ?
maklumat yang diperlukan : Nama, No. Kad Pengenalan, No. Gaji dan Emel
Semoga perkongsian mengenai maklumat berkaitan e-Operasi Login Modul Pengurusan Guru ini dapat memberi manfaat serta memudahkan segala urusan.