4 Buah Negeri Diramal Akan Berlaku Banjir Mulai 31Disember ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah memberi amaran hujan berterusan dan diramal akan berlaku banjir di beberapa buah negeri di negara kita .

Negeri yang diramal akan berlaku banjir ada 4 buah negeri iaitu, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

1. KELANTAN

Kelantan diramalkan akan berlaku banjir pada 31 disember 2021,pada jam 8 malam di dua tempat lembangan sungai ,

  • Yang pertama , Lembangan sungai kelantan melibatkan beberapa daerah seperti Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Machang
  • Yang Kedua, Lembangan sungai Golok pula melibatkan beberapa daerah juga seperti daerah Tanah Merah dan Pasir Mas serta kawasan yang berhampiran yang berisiko terkena banjir

2.TERENGGANU

  • Terengganu turut dijangka akan berlaku banjir pada tarikh yang sama pada 31 Disember 2021 pada malam hari, melibatkan Sungai Besut dan Sungai Terengganu dan kawasan yang berhampiran yang berisiko tinggi.

3. PAHANG

  • Di Pahang , kejadian dijangka akan berlaku banjir bermula pada 1 Januari 2022 melibatkan beberapa daerah iaitu ,Lembangan sungai Pahang melibatkan daerah Maran, Termerloh dan Jerantut. Kawasan yang lain yang diramal iaitu, Lembangan Sungai Rompin melibatkan daerah Rompin dan kawasan berhampiran .

4. JOHOR

  • Johor juga dijangka akan berlaku banjir dan mengalami situasi banjir pada tarikh yang sama dengan pahang iaitu pada 1 Januari 2022 di kawasan Lembangan Sungai Mersing melibatkan kawasan yang terdekat dan mempunyai resiko banjir .

Sementara itu, JPS menasihati pendudukan yang berada di kawasan yang telah diramalkan banjir untuk berhati-hati dan peka terhadap arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa

Untuk mengetahui lebih lanjut Maklumat dan Amaran semasa boleh klik link bawah:

https://publicinfobanjir.water.gov.my/

Apakah Bahaya Banjir?

Banjir boleh menyebabkan penyakit dan boleh juga membawa kematian jika air banjir akan naik sehingga paras bumbung rumah.

Apa Perlu Dilakukan Ketika Mengetahui Akan Banjir?

Paling penting selamatkan dokumen dokumen yang penting dan dengar kan arahan dari pihak berkuasa jika diarahkan keluar rumah lakukan segera.

Leave a Comment