Dengan tujuan mendapatkan dana tambahan, sesetengah pemilik rumah mempertimbangkan untuk melakukan refinance rumah. Dana tersebut akan digunakan untuk menyelesaikan perkara seperti pinjaman peribadi, pembayaran kredit kad, pengubahsuaian rumah, bantuan perubatan dan sebagainya.
Secara peribadinya, sebaiknya elakkan memaksimumkan kedudukan kewangan. Tetapi, jika anda perlu mengurangkan pembayaran bulanan untuk pinjaman peribadi dan kad kredit, refinance rumah adalah pilihan yang mungkin anda boleh gunakan. Dalam refinance rumah, anda akan menukar pinjaman perumahan sedia ada dengan pinjaman baru yang menawarkan syarat-syarat yang lebih baik. Ini membantu meringankan beban kewangan secara keseluruhan. Ingatlah bahawa sebelum membuat keputusan, pertimbangkan dengan bijak dan rancang kewangan anda dengan baik.
Cara Buat Refinance Rumah
Berikut adalah langkah-langkah refinance rumah yang boleh anda ikuti dan jadikan panduan.
1. Perlu Memiliki Rumah
Anda perlu memiliki rumah dan sebaiknya meletakkan rumah atas nama anda, pasangan, atau nama ibu bapa anda.
2. Harga Pasaran Rumah
Sebelum memutuskan untuk refinance, penting untuk anda mengetahui anggaran harga pasaran rumah anda terlebih dahulu.
Anda perlu memeriksa harga pasaran kerana penting untuk memastikan nilai rumah anda lebih tinggi daripada jumlah hutang bank. Jika sebaliknya, refinance tidak akan memberikan manfaat kepada anda. Jadi, pastikan nilai rumah mencukupi sebelum memutuskan untuk melakukan refinance.
3. Report CCRIS
Report CCRIS memainkan peranan yang sangat besar dalam sebarang permohonan pinjaman, tidak kira jenis pinjaman apa yang anda ingin mohon. Jika report CCRIS anda tidak baik, terdapat kemungkinan anda tidak dapat meneruskan hasrat untuk refinance rumah.
Walaupun rumah yang hendak direfinance bernilai jutaan Ringgit sekalipun, ianya tidak akan berguna kerana kelulusan tidak akan diberikan oleh bank. Oleh itu, pastikan report CCRIS anda cantik.
4. Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan
Sebelum membuat permohonan refinance, sangat penting untuk anda mengetahui samada anda masih layak untuk mendapatkan pinjaman. Terdapat pelbagai cara untuk menyemak kelayakan tersebut dengan menggunakan aplikasi yang ada secara dalam talian.
Dari situ, anda akan mendapat gambaran jelas sama ada anda layak untuk membuat pinjaman refinance rumah atau tidak. Satu lagi cara adalah dengan mendapatkan pertolongan daripada pihak tertentu di bank untuk menyemak kelayakan anda, walaupun ia agak rumit dan mengambil masa.
5. Ketahui Lock-in Period Rumah Anda
Salah satu syarat dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) apabila anda membeli rumah baru ialah tempoh terkunci yang ditetapkan oleh bank. Tujuannya adalah untuk memastikan pembeli tidak boleh menjual rumah tersebut terlalu awal sebelum melunasi bayaran faedah dan prinsipal.
6. Aliran Wang Tunai (Cash Out)
Anda perlu tahu dengan jelas berapa jumlah wang tunai atau cash out yang akan anda dapatkan. Ini adalah perkara yang penting untuk diketahui sebelum membuat keputusan refinance rumah.
Dengan mengetahui jumlah wang tunai yang akan diterima daripada pinjaman refinance, anda dapat menentukan sama ada ia mencukupi atau tidak untuk memenuhi tujuan anda dalam melakukan refinance.
7. Teliti Pakej Pembiayaan Semula Bank Lain
Semasa anda membeli rumah, pasti anda telah membuat perbandingan antara bank-bank yang menawarkan pinjaman yang terbaik, bukan? Begitu juga ketika anda ingin refinance rumah, adalah penting untuk memeriksa bank mana yang menawarkan pakej yang paling berbaloi untuk keperluan anda.