Cara Semak Dan Buat Speed Test TM Unifi

Untuk anda yang menggunakan perkhidmatan Unifi TM, pastinya anda ingin tahu cara yang mudah dan cepat untuk memeriksa kelajuan internet anda. Sekarang, anda boleh dengan mudah menguji kelajuan internet anda hanya menggunakan peranti seperti komputer atau telefon bimbit.

Dalam artikel kali ini, kami akan membincangkan tentang cara untuk membuat ujian kelajuan TM Speed Test Unifi online. Semoga membantu.

Sebab Perlu Buat Ujian Speed Test Unifi

Mengujikan kelajuan Internet adalah penting kerana ia memastikan kita menerima perkhidmatan yang telah dijanjikan oleh pembekal Internet. Contohnya, apabila anda melanggan pakej yang menawarkan kelajuan 300 Mbps pada harga tertentu, tetapi pada hakikatnya anda hanya menerima kelajuan yang lebih rendah daripada 300 Mbps.

Sebagai pengguna, anda mempunyai hak untuk menerima perkhidmatan yang telah anda langgan, dan jika terdapat masalah yang tidak diselesaikan oleh pembekal Internet, anda boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Cara Semak Kelajuan Internet Unifi

Sebelum membuat ujian speedtest, penting untuk memahami istilah atau makna perkataan yang digunakan dalam aplikasi tersebut. Beberapa daripadanya adalah:

1. Download

  • Memperlihatkan seberapa pantas internet anda dalam memuat turun sesuatu. Contohnya, kelajuan untuk menstrim video.
  • Biasanya, kelajuan ini diukur dalam nilai mbps (megabyte per second) dan bergantung kepada pembekal perkhidmatan internet anda serta pakej yang anda langgan.

2. Ping

  • Ia merujuk kepada tempoh masa yang diperlukan oleh komputer atau peranti anda untuk berhubung dengan menara telekomunikasi yang terdekat.
  • Semakin rendah nilai ping, anda akan menerima data dengan lebih cepat.

3. Upload

  • Kelajuan internet ditunjukkan untuk memuat naik sesuatu daripada komputer atau telefon bimbit anda ke dalam internet. Sebagai contoh, seberapa cepat gambar dimuat naik ke laman Instagram atau Facebook.
  • Biasanya, kelajuan diukur dalam mbps dan bergantung kepada pakej langganan internet anda.

4. Jitter

  • Ia merupakan variasi terhadap kelewatan untuk menerima data.
  • Perkara ini berlaku kerana terdapat lambakan frekuensi dan signal yang menganggu kelancaran Internet anda.
  • Jitter boleh membuat pengalaman pengguna menjadi kurang baik jika ia mencapai tahap yang terlalu tinggi.

Cara Membuat Ujian Kelajuan Unifi

Jika anda ingin menguji kelajuan Internet Unifi TM anda secara dalam talian, berikut adalah cara untuk melakukannya:

  1. Pastikan peranti yang anda gunakan telah disambungkan kepada rangkaian Internet Unifi TM.
  2. Sila layari pautan speedtest TM di https://speedtest.tm.com.my/
  3. Klik pada butang GO
  4. Hasil kelajuan Internet anda akan dipaparkan berdasarkan kelajuan muat turun (download), kelajuan muat naik (upload), ping, dan juga jitter.

Aplikasi Lain Untuk Mengukur Kelajuan Internet

Selain daripada itu, aplikasi lain juga boleh digunakan untuk menguji kelajuan internet anda. Perkhidmatan ini juga boleh digunakan dengan pembekal internet selain daripada Telekom Malaysia seperti Celcom, Time, Maxis, atau yang lain-lain. Berikut adalah beberapa aplikasi speedtest yang biasa digunakan:

Leave a Comment