Cara Buka Akaun CIMB Online Dengan Mudah Dan Cepat

Untuk anda yang ingin membuat akaun bank CIMB, kini anda tidak perlu lagi pergi ke kaunter bank untuk membuka akaun CIMB. Anda boleh membuka akaun dengan mudah dan cepat secara atas talian. Oleh itu, di sini kami akan kongsikan serba sedikit langkah-langkah untuk membuka akaun CIMB yang boleh anda jadikan panduan.

Akaun Simpanan-I OctoSavers

Akaun Simpanan-I OctoSavers adalah sebuah akaun simpanan Islam digital yang bekerjasama dengan CIMB OctoDebit MasterCard yang baru. Anda dapat dengan mudah menggunakan akaun ini untuk memenuhi keperluan perbankan anda.

Kemudahan ini disediakan secara khusus untuk memudahkan pelanggan baru dengan pembukaan akaun dan proses penyertaan yang dilakukan sepenuhnya secara atas talian. Pelanggan akan menerima kad debit melalui penghantaran untuk memastikan mereka dapat berurusan tanpa perlu pergi ke cawangan secara langsung.

Syarat Kelayakan Buka Akaun CIMB

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon untuk membuka akaun bank ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah berusia 18 tahun ke atas
  2. Merupakan warganegara Malaysia
  3. Perlu memiliki nombor telefon dan alamat email yang aktif dan sah
  4. Tidak memiliki sebarang Akaun Semasa atau Akaun Simpanan dengan CIMB
  5. Setiap pelanggan hanya dibenarkan memohon satu (1) Akaun Simpanan OctoSavers-i sahaja.
  6. Deposit permulaan minimum RM20 bagi pembukaan akaun

Cara Buka Akaun CIMB Online 

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuka akaun CIMB secara online.

Untuk pengguna baru

  • Muat turun aplikasi CIMB di Google Playstore atau Appstore
  • Klik pada “Open New Account” dan isi maklumat anda
  • Selepas itu, anda perlu mengimbas Kad Pengenalan dan melakukan Pengesahan Wajah untuk mengesahkan identiti anda
  • Kemudian, lengkapkan e-form untuk pembukaan akaun
  • Seterusnya, pindahkan jumlah minima RM20 ke akaun anda.
  • Langkah terakhir adalah mendaftar CIMB Click.
  • Kad Debit akan dihantar kepada anda.

Untuk Penguna Yang Sedia Ada :

  • Buka laman web CIMB clicks di https://www.cimbclicks.com.my/
  • Selepas itu, klik pada “Apply & Invest” dan pilih “Saving Account”. Kemudian, klik butang Apply.
  • Anda diminta untuk mengesahkan penyata FATCA dan PEP anda.
  • Kemudian, isi e-form untuk pembukaan akaun
  • Mohon TAC dan sms akan dihantar ke telefon anda untuk pengesahan transaksi.

Leave a Comment