Cara Bayar AKPK Melalui Maybank

Notis terbaru: AKPK tidak mempunyai sebarang biller code untuk tujuan pembayaran melalui Jompay. Untuk maklumat lanjut cara pembayaran, boleh rujuk laman web rasmi AKPK di https://www.akpk.org.my/

Jika anda sedang menghadapi masalah kewangan seperti hutang kad kredit atau kesan dari pinjaman wang, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mungkin boleh membantu anda untuk mengatur semula pembayaran hutang anda. Di sini, kami akan menjelaskan langkah-langkah untuk mendaftar dan membuat pembayaran menggunakan perkhidmatan AKPK melalui akaun MAE Maybank.

Untuk anda yang tidak tahu, program ini dapat memberikan bantuan dalam mengatasi masalah hutang yang tidak kunjung selesai. Dengan adanya program ini, kita dapat mengurus hutang dengan berkesan.

Apakah AKPK ?

Sebuah agensi yang dikenali sebagai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan tujuan membantu individu-individu di Malaysia menyelesaikan sebarang permasalahan berkaitan kewangan mereka melalui pelbagai kaedah yang ada.

Cara Daftar AKPK

Berikut adalah langkah-langkah dalam mendaftar AKPK secara online yang boleh anda jadikan panduan:

  • Buka laman web rasmi https://www.akpk.org.my/home/gateway
  • Tekan link Click here to login
  • Jika ini kali pertama anda sebagai pengguna, sila klik pada “Pengguna Baru? Daftar di sini.”
  • Sila ikuti proses pendaftaran sehingga selesai
  • Langkah seterusnya, anda boleh log masuk semula dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda, lalu klik pada butang “Log Masuk”.

Semoga dengan perkongsian dalam artikel ini, anda dapat membuat pembayaran dengan lebih mudah dan cepat. Semoga bermanfaat.

Leave a Comment