ISMP : Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2021

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) adalah bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.

Perhatian buat semua pelajar yang sedang dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Anda yang berkelayakan boleh memohon untuk mendapatkan Biasiswan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi tahun 2021. Biasiswa ini boleh dimohon oleh pelajar berdasarkan beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Tarikh Permohonan Biasiswa ISMP

  • Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2021
  • Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2021

Cara Membuat Permohonan Biasiswa ISMP

  1. permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan = https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm
  2. Daftar No. Kad Pengenalam dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BARU.
  3. Pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. “malumat ini tidak boleh dipinda selepas pendaftaran.
  4. Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan.
  5. Baca dan pahami panduan permohonan. Masukkan maklumat yang tepat dan sahih.
  6. Kesilapan mengisi maklumat permohonan dengan tidak tepat akan mengakibatkan permohonan ditolak.
  7. Permohonan melalui Sistem epenawaran adalah rasmi dan sah.
  8. Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya terpilih.
  9. Permohonan yang tidak mematuhi syarat atau tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.
  10. Permohonan dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tawaran dibuka.
  11. Permoh WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan dfatang.

Syarat Permohonan Biasiswa ISMP 2021

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak meleb9hi 25 tahun pada 1 Januari 2020.
  3. Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melayakkan tantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkata SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Calon yang serdang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas.
  5. Bagi calon bidang Bahasa Inggeris / TESL ? TESOL, calon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian UNIversity English Test (MUET) akan diberi keutamaan.
  6. Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan WAJIB mengemukak dokumen bbkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon.
  7. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja yang akan dipanggil untuk menduduki ujian kelayakan calon guru (UKGG) dan menghadiri sesi temu duga
  8. calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada
  9. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

Bidang-bidang Yang Layak Memohon

biasiswa ismp

Maklumat Lanjut

Kepada calon-calon yang berminat untuk memohon. sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tawaran ini, anda boleh terus hubungi pegawai-pegawai seperti yang berikut untuk maklumat lanjut :

  • Puan Nur Izzati binti Marzuki : 03 8321 7149
  • Puan Hani Suhailiz binti Ahmad Suhaimi : 03 8321 7113
  • Encik Muhammad Zikri Firdaus bin sulaiman : 03 8321 7159
  • Puan Nor Hazren binti Ahmad Suhaimi : 03 8321 7138
  • E-mel : penawaran.bb@moe.gov.my

Soalan Lazim

Apakah tujuan Biasiswa ISMP ?

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) adalah bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.

Sekiranya calon berumur 26 tahun ke atas, bolehkah memohon biuasiswa ISMP ?

Tidak. Umur bagi yang memohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.

Bagaimanakah cara memohon biasiswa ini ?

Bagi calon yang ingin memohon, calon hendaklah mengikut syarat yang ditetapkan. Calon boleh lihat di artikel ini bagi yang ingin membuat permohonan Biasiswa ISMP

Dakah layak memohon bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ?

Tidak.

Leave a Comment