Semakan Pembayaran BPR Status Gagal Kredit dan Tiada Maklumat Akaun Bank

Pembayaran BPR fasa 2 baru sahaja dilaksanakan beberapa hari lepas. Namun, tidak semua penerima fasa 1 mendapat pembayaran pada fasa 2.

Ini disebabkan berkemungkinan pemohon telah berada di dalam status tidak layak menerima ataupun terdapat masalah dalam pengkreditan masuk ke dalam akaun bank.

Bagi mereka yang berada di dalam status gagal kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai mengikut prosedur berikut:

  • Pembayaran dilakukan di Bank Simpanan Nasional (BSN) semua cawangan.
  • Bermula pada tarikh 17 Mei 2021.
  • Bagi mereka yang berstatus gagal kredit atau tidak melaporkan maklumat bank semasa permohonan BPR 2021.
  • Bawa bersama IC MyKad anda.

Semakan Status Pembayaran

Sebelum anda menghadirkan diri ke mana-mana cawangan BSN, anda perlu membuat semakan secara online terlebih dahulu pada pautan: bpr.hasil.gov.my

Pastikan anda layak menerima sebelum anda bersesak dan berbaris di BSN untuk mendapatkan pembayaran anda.

Bialakah tarikh pembayaran bagi status gagal kredit?

Bermula 17 Mei 2021.

Bagaimana cara pembayaran dibuat?

Secara tunai di kaunter BSN.

Apakah dokumen yang diperlukan ketika menuntut bayaran?

Bawa bersama kad pengenalan MyKad.

Leave a Comment