Sejak ianya diumumkan oleh menteri kewangan, geran khas prihatin mendapat sambutan ramai peniaga kecil dan sederhana.
Kementerian kewangan menerima sebanyak 500,000 permohonan setakat ini.
Geran Khas Prihatin ataupun disebut sebagai GKP ini adalah salah satu program di bawah Program Rangsangan Ekonomi Prihatin kerajaan. Ini bagi membantu dalam keadaan negara dilanda covid-19 ini.
GKP membantu peniaga kecil dan sederhana dari segi pembayaran tunai one-off sebanyak RM3000 kepada mereka.
Permohonan GKP ini mula dibuka pada 1 Mei 2020. Tarikh tutup permohonan pula adalah pada jumaat ini, 15 Mei 2020.
Semakan Geran Khas Prihatin pula boleh dibuat seawal bulan jun 2020. Dan pembayaran bantuan ini juga akan dikreditkan kepada pemohon yang layak pada bulan yang sama.
Kementerian Kewangan menyasarkan sebanyak lebih 700,000 pemilik perniahgaan akan menerima bantuan ini.
Bajet sebanyak RM2.1 billion diperuntukkan untuk Geran Khas Prihatin ini.
Antara kelayakan memohon geran khas prihatin adalah mesti seorang warganegara Malaysia. pemohon juga haruslah ada menjalankan perniagaan mikro dengan jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 dan akhir sekali, jumlah pekerja kurang lima orang tidak termasuk pemilik.