Tips Elak Kucing Kencing Merata

Untuk yang mempunyai kucing di dirumah, pasti anda merasa tertekan apabila terus-menerus perlu membersihkan kencing kucing. Tidak hanya kucing peliharaan kita, terkadang kucing liar juga sering kencing sembarangan yang menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

Seperti yang kita tahu, kucing biasanya meninggalkan tanda yang memungkinkan mereka kembali ke tempat yang sama, bahkan setelah tempat buang air kencing tersebut telah dibersihkan.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi beberapa tips yang boleh membantu anda untuk mengelakkan kucing kencing merata.

Apa Sebab Kucing Kencing Merata

Biasanya, kucing dewasa menandai kawasan dengan air kencing untuk memberi isyarat bahawa kawasan tersebut adalah wilayahnya dan kucing lain tidak boleh masuk. Namun, kucing juga boleh kencing merata jika mereka merasa terancam.

Terdapat juga hal lain yang boleh menyebabkan kucing kencing merata seperti kucing ingin mengawan, mempunyai masalah kesihatan, pasir kucing kotor dan lain-lain.

Tips Untuk Elak Kucing Kencing Merata

Jika anda sedang mencari cara untuk mengelakkan kucing anda daripada kencing merata, berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu mengurangkan masalah tersebut.

1. Latih kucing menggunakan pasir kucing

Salah satu langkah penting dalam menangani masalah ini adalah melatih kucing agar kencing di tempat yang sesuai. Jika kucing anda belum terlatih untuk menggunakan tempat pembuangan yang betul, masalah ini tidak akan selesai. Berikut adalah cara untuk melatih kucing anda menggunakan pasir kucing:

  • Sediakan kotak pasir kucing yang sesuai. Pastikan kotak pasir tersebut cukup besar dan mudah digunakan oleh kucing anda.
  • Letakkan kotak pasir kucing di lokasi yang mudah dijangkau oleh kucing, tetapi juga privasi.
  • Isi kotak pasir dengan pasir kucing yang berkualiti. Kucing cenderung suka pada pasir yang lembut dan tidak berbau.
  • Bawa kucing anda ke kotak pasir setiap kali anda perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan kucing ingin kencing, seperti menggali atau menggerak-gerakkan ekornya.
  • Pastikan kotak pasir sentiasa bersih. Kucing tidak suka menggunakan kotak pasir yang kotor.

2. Pastikan pasir kucing sentiasa bersih

Seperti yang kita sedia maklum, kucing memang suka dengan tempat yang bersih jadi penting untuk menjaga kebersihan pasir kucing. Pastikan anda membersihkan pasir kucing secara berkala dan tidak membiarkannya kotor. Jika anda mampu, anda juga boleh mempertimbangkan untuk membeli kotak pasir kucing yang dilengkapi dengan pembersihan automatik.

3. Tidak buat kucing tertekan

Terdapat banyak faktor yang dapat menyebabkan kucing mengalami tekanan. Sebagai pemilik kucing, penting bagi anda untuk memperhatikan faktor-faktor yang mungkin menyebabkan kucing anda merasa tidak senang. Amati tingkah laku kucing anda dalam situasi tertentu, seperti berinteraksi dengan anggota keluarga baru atau kedatangan kucing lain. Bila anda telah mengenal pasti masalah tersebut, beri perhatian kepada kucing anda. Beri kucing anda waktu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang terjadi.

4. Cuci tempat kena kencing dengan bersih

Deria bau kucing sangat sensitif. Oleh itu, penting bagi anda untuk memastikan tempat atau perabot yang terkena kencing kucing dibersihkan sepenuhnya hingga baunya hilang. Terkadang, bau hancing ini tidak mudah dihilangkan hanya dengan menggunakan air dan sabun biasa.

Bau yang masih belum hilang akan menyebabkan kucing kembali kencing di tempat yang sama. Untuk mengatasi masalah ini, lakukan langkah-langkah berikut:

  • Sebelum membasuh air kencing kucing dengan air dan sabun biasa, serap terlebih dahulu air kencing menggunakan tisu dapur atau kain.
  • Dengan menyerap air kencing kucing terlebih dahulu, ia dapat mencegah penyebaran bau ke kawasan lain.
  • Setelah itu, lakukan pembersihan menyeluruh dengan melakukan deep cleaning dan pastikan baunya hilang sepenuhnya.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dapat mengatasi masalah kucing kencing di tempat yang sama dan mencegah kembali terjadinya masalah tersebut.

Leave a Comment