Menteri Kewangan telah mengumumkan tarikh pembayaran GKP 2.0 kepada penerima.
Tengku Zafrul mengumumkan bahawa keputusan kelulusan Geran Khas Prihatin (GKP) adalah pada 27 November 2020.
Selepas itu, pembayaran akan dikreditkan kepada akaun penerima bermula 30 November 2020.
Menurut beliau, setiap permohonan yang dibuat akan dibuat semakan silang dengan data dari agensi lain.
Ini bagi memastikan mereka yang menerimanya benar-benar layak.
Dijangka, GKP 2.0 akan memberi manfaat kepada 200,000 PKS mikro seluruh negara.
Kata Tengkur Zafrul lagi, terdaapt beberapa permohonan tidak berjaya kerana tidak menepati ciri-ciri PKS mikro. Antaranya adalah mereka melebihi 5 orang pekerja.
Lihat sini untuk membuat semakan GKP 2.0