Antara isu yang hangat diperbincangkan pada masa kini adalah pengeluaran akaun 1 KWSP dan syarat ditetapkan untuk i-Sinar.
KWSP telah mengemaskini syarat dan ketetapan mengenai pengeluaran akau 1 melalui i Sinar.
Jenis pencarum | Kemudahan pengeluaran |
Mempunyai kurang dari RM90,000 dalam akaun 1 | – Mengeluarkan lumpsum sebanyak RM4000. – Baki RM5000 pula akan dibayar secara ansuran setiap bulan. |
Mempunyai lebih dari RM90,000 dalam akaun 1 | – Mengeluarkan lumpsum sebanyak RM10,000 – Bakinya boleh dikeluarkan sebanyak 10% daripada baki di dalam akaun 1. – Ianya akan dibayar ansuran secara bulanan. – terhad kepada RM60,000 |
- Pencarum yang mempunyai RM90,000 ke bawah dalam akaun 1 boleh mengeluarkan lumpsum RM4,000 kemudian baki RM5,000 dibayar secara bulanan.
- Pencarum yang mempunyai baki RM90,000 ke atas di dalam akaun 1 boleh mengeluarkan lumpsum sehingga RM10,000, kemudian bakinya boleh dikeluarkan sehingga 10% daripada akaun 1. Ianya terhad sehingga RM60,000 yang akan dibayar secara bulanan.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Asri Hamidon berkata dalam satu temubual dalam program TV berkata:
Para pencarum perlu menggunakan sepenuhnya kemudahan pengeluaran akaun 2 KWSP melalui i-Lestari iaitu sebanyak RM6000 jumlahnya.
Selepas mengggunakan i-lestari, barulah permohonan i-sinar boleh digunakan oleh pencarum KWSP.
Namun, beliau menambah lagi, kriteria pengeluaran akaun 1 KWSP akan ditambah baik bagi kemudahan semua pihak yang menggunakannya.
Untuk info tambahan, pengeluaran akaun 2 KWSP daripada i-lestari bermula pada April 2020 hingga Mac 2021 sebanyak RM500 sebulan.