STR Semakan Status dan Jumlah Pembayaran 2023

Beberapa individu ada yang berkongsi bahawa mereka telah mendapat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1. Bulan Januari 2023 adalah tarikh pembayaran yang telah diumumkan kerajaan seperti sebelum ini.

Pemegang akaun yang menggunakan Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah penerima yang telah mendapat terlebih dahulu bayaran. Beberapa screenshot dikongsikan menunjukkan bayaran RM300 telah dimasukkan ke dalam akau penerima. Anda boleh lihat screenshot seperti yang tertera di bawah ini.

str

Daripada screenshot ini membuktikan bahawa pembayaran STR fasa 1 telahpun bermula pada 17 Januari 2023. Ini bermakna, penerima akan mendapat bayaran yang akan mula diagihkan pada tarikh tersebut.

Selain itu, penerima boleh juga membuat semakan melalui online banking masing-masing untuk melihat jika terdapat transaksi masuk ke akaun anda. Pilih jenis perbankan internet yang anda daftarkan, dan login.

Jumlah bayaran

Amaun bayaran Fasa 1 STR akan membayar kepada penerima dengan jumlah berikut:

  • Isi rumah RM300
  • Bujang RM100

Cara Semakan Status

Layari laman web berikut untuk membuat semakan status STR anda:

  1. layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada laman login.
  3. Masukkan kata laluan anda.
  4. Klik semak.
  5. Boleh ikuti juga saluran ini untuk info mengenai STR.

Melalui STR Portal yang sama juga membolehkan anda membuat kemaskini maklumat seperti nombor akaun, alamat, dan juga bilangan anak. Tarikh kemaskini akan diumumkan LHDN sebelum anda dibenarkan melakukan kemaskini.

Saya adalah seorang ibu/ ayah yang mempunyai 3 orang cahaya mata. Berapakah amaun STR yang akan saya dapat bagi fasa 1?

Anda akan mendapat bayaran dengan jumlah RM300 bagi pembayaran fasa 1 ini.

Saya adalah seorang lelaki/wanita yang belum/ tidak pernah berkahwin (bujang). Berapakah jumlah STR akan saya terima pada pembayaran fasa 1 ini?

RM100 adalah bayaran yang bakal anda terima.

Leave a Comment