SPLKPM 2021 : Login Sistem Pengurusan Latihan KPM

splkpm

SPLKPM 2021 : Login Sistem Pengurusan Latihan KPM . Sistem Pengurusan Latihan kementerian Pendidikan Malaysia atau SPLKPM merupakan sistem yang telah dibangunkan untuk memudahkan proses pengurusan latihan, bengkel, kursus dan seminar yang boleh disertai oleh para guru di bawah Kementeria Pendidikan Malaysia.

Untuk makluman. KPM telah menetapkan para guru perlu melengkapkan latihan sekurang-kurangnya 5 hari setahun selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan KPM.

Melalui SPLKPM, para guru boleh melihat senarai kursus yang boleh disertai di dalam sistem ini.

Baca: Kemaskini BPR

Login SPLKPM 2021

Berikut adalah perkongsian cara login atau log masuk ke Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi rujukan warga KPM.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk login SPLKPM :

splkpm
  1. Layari laman web rasmi SPLKPM seperti ini = https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan ( Tanpa ada tanda sengkang ).
  3. Masukkan Kata Lalauan asal ( 4 digit terakhir No. Kad Pengenalan )
  4. Klik “Hantar”.
  5. Setelah berjaya login, klik bahagian Pembelajaran Kendiri.
  6. Lihat senarai ‘Pembelajaran Kendiri” yang dipaparkan.
  7. Klik bahagian ‘e-Pembelajaran’ dan klik Tambah Aktiviti’ untuk latihan yang ingin disertai.
  8. Hubungi admin SPLKPM sekolah untuk membuat sokongan dan pengesahan berdasarklan sijil yang diberikan.

Artikel lain: APDM

Lupa Kata Laluan Login SPLKPM 2020

Sekiranya terlupa kata laluan untuk log masuk, terdapat dua kaedah untuk dibuat dan pengguna boleh memilih salah satu daripada cara berikut :

  • Kaedah Petama : Pengguna boleh log masuk menggunakan Single Sign On ( SSO ) KPM.
  • Kaedah Kedua : Pengguna boleh klik “Lupa Kata Laluan” dan seterusnya maklumkan kepada SULDP sekolah masing-masing bagi tindakan selanjutnya.

Senarai Latihan Yang Boleh Disertai

splkpm 2020

Terdapat 3 jenis latihan yang boleh disertai oleh para guru iaitu :

  • Latihan Bersemuka / Konvensional
  • Pembelajaran Kendiri
  • Sesi Pembelajaran

1. Latihan bersemuka / konvensional yang boleh dihadiri oleh para guru antaranya :

  • Kursus , Seminar , Konvensyen , Bengkel , Forum , Lawatan , rasmi korporat / sambil belajar , Simposium , Klinik kaunseling

2. Bagi Pembelajaran kendiri pula, para guru boleh menyertai latihan seperti berikut :

  • Penggunaan Portal E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
  • Pembacaan buku-buku ilmiah dan disokong dengan ulasan
  • Pembacaan jurnal ilmiah , laporan , kajian ilmiah secara fizikal atau maya

3. Latihan menerusi sesi pembelajaran yang boleh disertai oleh para guru adalah :

  • Sesi perkongsian ilmu
  • Perhimpunan bulanan
  • Pertemuan mentor dan menti
  • Sesi kaunseling dan persidangan
  • Program penerapan nilai-nilai murni
  • Perbnetangan kertas kerja
  • Program Executive Talk
  • Program sambutan / Program khas
  • Sesi Perbincangan / Perkongsian idea pengurusan tertinggi / tetamu jemputan khas
  • Coaching and mentoring
  • menyampaikan ceramah dalam kursus / bengkel ( Modul pertama kaliidibentangkan atau tajuk yang sama sahaja diambil kira )

Kemaskini SPLKPM 2020

Pegawai yang berkhidmat di bahagian berikut perlu kemaskini profil masing-masing menerusi data pangkalan dan perlu lagin SPLKPM 2020 :

  • Jabatan Pendidikan Negeri (JPN
  • Kolej Matrikulasi
  • Institu Pendidikan Guru (IPG)
  • Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)
  • Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

Soalan Lazim

Apakah perlu dilakuan sekiranya terlupa kata laluan ?

1. Pengguna boleh log masuk menggunakan Single Sign On (SSO) KPM.
2. Pengguna boleh terus klik ‘Lupa Kata Laluan” dan maklumkan kepada SULDP sekolah masing-masing bagi tindakan selanjutnya

Berapakah latihan para guru perlu lengkapkan dalam setahun ?

Para guru perlu melengkapkan latihan sekurang-kurangnya 5 hari dalam setahun seperti yang telah ditetapkan oleh KPM

Apakah jenis-jenis latihan yang boleh disertai oleh para guru ?

Terdapat 3 jenis latihan yang boleh para guru sertai iaitu :
1. Latihan bersemuka/konvensional
2. Pembelajaran kendiri
3. Sesi pembelajaran

Dimanakah perlu login SPLKPM ?

Para guru atau pengguna boleh login di laman web rasmi SPLKPM https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/

Leave a Comment