Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor. Bantuan ini dibuka buat siswa kelahiran Johor yang sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Diploma dan Ijazah.
Inisiatif ini ditawarkan bagi meringankan beban kewangan pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pelajar yang berkelayakan dipelawa untuk memohon pinjaman dan bantuan yang ditawarkan “Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor”.
Tarikh Permohonan
Untuk makluman, tarikh Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor ini dibuka bermula 11 April 2022 sehingga 23 April 2022.
Kadar Bantuan
kadar bantuan yang di tawarkan adalah berikut
- Diploma : RM 500
- Ijazah Sarjana Muda : RM 1,000
Syarat-syarat Permohonan
pelajar perluhlah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut untuk memohon skim bantuan ini:
- Pemohon lahir dan menetap di negeri Johor.
- Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY dan Marsah).
- Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi.
- Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih.
- Pendapatan ibu dan bapa / penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan dan RM4,001 hingga RM5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
- Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi yang lain.
- Pemohon bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ.
Cara Hantar Dokumen Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor
Bagi pelajar yang berminat untuk memohon, sila kemukakan permohonan melalui pautan = https://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/?fbclid=IwAR2wLd6nYAqUbzJ626zC6a5GVtfGM9RBIv4ApZbQyMSpBTV14gL0juzqvwI
Dokumen yang disediakan perlulah disusun mengikut senarai semak yang disediakan :
- Masukkan kesemua dokumen sokongan dan permohonan ke dalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya gamkan dibahagian belakang dengan kemas.
- Tuliskan permohonan di Penjuru Kanan Atas sampul surat iaitu “Skim Bantuan Pendaftaran (SBP)”.
- Bagi penghantaran melalui serahan tangan, sila masukkan ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ.
- Untuk penghantaran melalui POS pula, sila masukkan dokumen ke dalam sampul surat yang mempunyai tracking number.
Maklumat
Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor, sila layari laman rasmi Yayasan Pelajaran Johor di pautan = http://portal.ypj.gov.my/