Senarai Cuti Sekolah 2023 (Kalendar Akademik Takwim)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan kalender akademik atau takwim akademik untuk sesi 2023/2024, dimana kita bakal memasuki tahun baru iaitu tahun 2023. Ini adalah pengumuman resmi untuk memudahkan pelaksanaan jadual akademik pada tahun tersebut.

Untuk memudahkan rujukan para ibu bapa dan guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim kalendar akademik sesi 2023/2024 yang termasuk tarikh sesi persekolahan dan cuti sekolah (cuti sek).

Sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A akan bermula dari 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024, mengikut maklumat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Manakala untuk sekolah bagi negeri Kumpulan B pula, sesi persekolahan akan bermula pada 20 Mac 2023 sehingga 10 Mac 2024.

Tarikh pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 akan ditangguhkan selama seminggu dari tarikh asal bagi memastikan pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat berjalan dengan lancar.

Negeri Kumpulan

Penentuan tarikh bagi sesi persekolahan dan kalendar akademik telah dibahagikan mengikut dua kumpulan negeri, iaitu:

  • Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
  • Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan

Tarikh Sesi Persekolahan & Cuti Sekolah Sesi 2023 / 2024

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 (Kumpulan A)

Bagi negeri kumpulan A, sesi persekolahan 2023/2024 akan berlangsung dari 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024. Butiran mengenai tarikh mula dan akhir, jumlah hari dan minggu sesi persekolahan boleh rujuk di bawah ini.

senarai cuti sekolah 2023

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 (Kumpulan B)

Bagi negeri kumpulan B tarikh sesi persekolahan 2023/2024 telah ditetapkan pada 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024. Butiran mengenai tarikh permulaan, tarikh tamat, jumlah hari dan minggu sesi persekolahan bagi negeri kumpulan B boleh dirujuk melalui gambar di bawah.

Senarai cuti sekolah tahun 2023 (kalendar akademik takwim)

Cuti Perayaan Sepanjang 2023/2024

Bukan itu sahaja, KPM juga telah memaklumkan terdapat penambahan untuk cuti perayaan yang telah diperuntukkan bagi Kumpulan A dan Kumpulan B. Cuti perayaan yang terlibat dalam penambahan cuti ini adalah, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Qurban, Hari Deepavali, dan Tahun Baru Cina.

Berikut adalah jadual penambahan cuti perayaan mengikut negeri kumpulan.

Senarai cuti sekolah tahun 2023 (kalendar akademik takwim)

Leave a Comment