Golongan B40 adalah kategori yang selalu mendapat perhatian daripada kerajaan. Pada pembentangan bajet 2023, golongan B40 diumumkan akan menerima beberapa bantuan pada tahun 2023.
Di sini kami kongsikan senarai bantuan yang akan diterima golongan B40 pada tahun 2023.
Senarai Bantuan B40 Tahun 2023
Antara inisiatif kerajaan bagi membantu B40 pada tahun 2023 adalah;
- Bantuan Warga Emas (BWE)
- Bantuan Kanak-kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Bantuan OKU Tidak berupaya bekerja.
- Bantuan penjagaan OKU dan Pesakit Kronik.
- Subsidi bil elektrik.
- Bantuan Keluarga Malaysia
- Bantuan BKM baharu bagi anak melebihi 5 orang.
- Bantuan tambahan RM500 kepada ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan menjadikan bantuan maksimum keseluruhan RM3,000.
- Bantuan kepada lebih 50 ribu isi rumah miskin tegar menerusi projek pertanian dan keusahawanan
- Latihan, modal permulaan, insentif pertanian, pemasaran dan pendigitalan.