Semakan Status Persaraan

Bagi penjawat awam yang telah memilih opsyen umur 60 tahun, umur persaraan wajib mereka akan tetap 60 tahun. Untuk penjawat awam yang telah memilih opsyen umur 60 tahun, mereka boleh bersara lebih awal jika ingin. Tiada masalah untuk melakukannya.

Penjawat awam boleh memilih untuk bersara seawal usia 40 tahun, tetapi syaratnya ialah mereka perlu mempunyai tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 10 tahun.

Semakan status permohonan pencen adalah perkara yang perlu diketahui oleh penjawat awam yang akan mencapai tarikh persaraan atau membuat persaraan pilihan.

Cara Permohonan Persaraan

Dalam permohonan persaraan, terdapat dua pilihan yang boleh dipilih, iaitu:

1. Persaraan Wajib

  • Pegawai atau pekerja yang mencapai persaraan dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam.
  • Permohonan tidak diperlukan kerana persaraan ini adalah wajib apabila mencapai umur persaraan yang ditetapkan berdasarkan pilihan opsyen.

2. Persaraan Pilihan

  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Permohonan untuk Pemberian Taraf Berpencen telah diluluskan.
  • Berumur 40 tahun dan ke atas
  • Tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh diambil kira.
  • Ketua Jabatan menyokong permohonan persaraan pilihan dan permohonan tersebut akan dikemukakan 3 bulan sebelum tarikh persaraan yang telah diperakukan oleh jabatan.
  • Bagi mereka yang berada di Gred 27 dan ke atas, perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan kepada Badan Pencegah Rasuah.
  • Permohonan bertulis perlu dihantar kepada pihak Sumber Manusia Jabatan dalam tempoh satu tahun sebelum tarikh persaraan pilihan.

Cara Semakan Status Permohonan Pencen

Berikut adalah caranya untuk membuat semakan status permohonan pencen:

  1. Sila layari laman web https://apps.jpapencen.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  3. Kemudian, klik hantar

Setelah klik hantar, maklumat status permohonan anda akan dipaparkan.

Tarikh Bayaran Pencen

Tarikh bayaran pencen bagi pesara kerajaan tahun 2023 telah dikeluarkan oleh JPA. Berikut adalah jadual pembayaran pencen tahun 2023.

BulanTarikhHariPerkara
Januari16.1.2023isninTahun Baru Cina
22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)
Februari20.2.2023isnin
Mac20.3.2023isnin
April13.4.2023khamisHari Raya Puasa
22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)
Mei18.5.2023khamisHari Pesta Keamatan
30 & 31 Mei (Selasa & Rabu)
Jun19.6.2023isninHari Gawai
01 & 02 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)
Hari Raya Haji
29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)
Julai20.7.2023khamis
Ogos21.8.2023isnin
September21.9.2023khamis
Oktober19.10.2023khamis
November20.11.2023isninHari Deepavali
12 November 2023 (Ahad)
Disember14.12.2023khamisHari Krismas
25 Disember 2023 (Isnin)
Jadual Bayaran Pencen

Leave a Comment