Semakan Status HPIPT – Cara Semak Status

Melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), Kerajaan Selangor memberikan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang merupakan anak negeri Selangor.

Untuk makluman anda, HPIPT merupakan hadiah RM1,000 yang diberikan kepada anak Selangor yang keluarganya berpendapatan kurang dari RM5,000 serta sedang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dalam pengajian peringkat sijil kemahiran tahap 4, diploma, atau ijazah sarjana muda.

Maklumat berkaitan Permohonan dan semakan status HPIPT Selangor akan kami kongsikan di sini untuk panduan anda.

Syarat Kelayakan Permohonan HPIPT

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Hadiah Pengajian IPT Selangor:

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir di Negeri Selangor
    • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor
  3. Pemohon telah mendapat tawaran untuk memasuki semester pertama.
  4. Pemohon telah diberikan tawaran untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS bagi program Ijazah Sarjana Muda, Diploma, atau Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
  5. Pendaftaran bagi memulakan sesi pengajian telah dilakukan oleh pemohon di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  6. Pemohon mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  7. Pendapatan ibu,bapa, atau penjaga RM5000 ke bawah
  8. Permohonan yang tidak lengkap akan dianggap sebagai permohonan yang gagal.

Cara Permohonan HPIPT Selangor 2023 Online 

Di bawah ini adalah cara-cara untuk membuat permohonan HPIPT Selangor 2023 yang boleh anda ikuti.

  1. Buka laman web https://hpipt.selangor.gov.my/
  2. Klik pada bahagian Permohonan HPIPT
  3. Kemudian, tekan pada “Daftar Baru”
  4. Isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  5. Apabila semua maklumat telah diisi dan menanda kesemua syarat-syarat kelayakan serta bersetuju dengan syarat, terma, dan polisi sistem tersebut, klik butang ‘Daftar Akaun Baharu.’
  6. Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan
  7. Setelah log masuk, isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  8. Klik pada bahagian “Hantar Kepada Urusetia”
  9. Seterusnya, tekan bahagian ‘Cetak Permohonan’ untuk mencetak borang permohonan
  10. Sila hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat :
    • Urus Setia Hadiah Pengajian IPT,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3,Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40503 Shah Alam, Selangor.

Semakan Status HPIPT Selangor 2023 

Untuk membuat semakan HPIPT Selangor 2023, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  1. Layari laman web https://hpipt.selangor.gov.my/
  2. Masukkan No Kad Pengenalan
  3. Status permohonan anda akan dipaparkan

Pemohon akan mendapat makluman melalui e-mel yang didaftarkan mengenai status permohonan mereka sama ada permohonan lulus atau gagal.

Leave a Comment