Semakan Program Giatmara : Maklumat Dan Permohonan Program Latihan

Untuk mereka yang berumur 15 tahun ke atas, sama ada lepasan SPM atau bukan yang berminat mengikuti latihan kemahiran. Permohonan GIATMARA 2023 ambilan Julai kini dibuka. Anda boleh membuat permohonan GIATMARA 2023 secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi GIATMARA.

Apa Itu GIATMARA

GIATMARA merupakan sebuah program latihan kemahiran untuk pelajar berumur 15 tahun ke atas.

GIATMARA ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan bandar. Ini bertujuan untuk memberi mereka kemahiran yang diperlukan sebagai persediaan untuk menjadi pekerja mahir dan usahawan teknikal dengan memenuhi keperluan industri dan ekonomi negara.

Syarat Permohonan GIATMARA 2023

Berikut adalah syarat kemasukan GIATMARA:

  • Bumiputera
  • Berumur minima 15 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)
  • Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia:

  • Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology
  • Kluster Elektrikal (KEL)
  • Kluster Elektronik Mekatronik
  • Kursus Kluster Fabrik
  • Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  • Kluster Hospitaliti
  • Kursus Kluster Kulinari
  • Kursus Kluster Mekanikal
  • Kluster Pembuatan
  • Kursus Kluster Pengangkutan
  • Kursus Kluster Percetakan
  • Kluster Senibina

Sijil Yang Diperoleh GIATMARA

Antara sijil yang akan diperoleh oleh pelajar GIATMARA adalah seperti berikut:

  • Sijil Profesional GIAT MARA
  • Sijil Kemahiran GIAT MARA
  • Sijil Profesional yang lain

Cara Membuat Permohonan GIATMARA Online

GIATMARA menawarkan DUA pilihan program iaitu program Sepenuh Masa dan program Separuh Masa.

1. Program Sepenuh Masa

  • Hanya pemohon program latihan sepenuh masa (full time) dibenarkan untuk membuat permohonan kemasukan baru GIATMARA secara dalam talian.
  • Untuk mengisi borang permohonan. Sila layari laman web https://gspel.giatmara.edu.my/
  • Tekan pada “Permohonan Baru”
  • Klik pada butang “Seterusnya” untuk mengisi borang permohonan. ID Pengenalan pemohon perlu dimasukkan untuk tujuan semakan dan pengesahan.
  • Isi dan lengkapkan maklumat borang permohonan

2. Program Separuh Masa

  • Jika anda berminat dengan program latihan Separuh Masa (part time), sila dapatkan borang manual dan hantarkan ke Pusat GIATMARA yang terdekat dengan anda.
  • Muat turun borang manual dekat SINI
  • Anda boleh menghantar borang permohonan manual ini secara langsung kepada GIATMARA yang anda pohon mengikut kursus yang ditawarkan.

Leave a Comment