Semakan Penyata PTPTN ( Baki Pinjaman ) . Semakan baki PTPTN kini lebih mudah dengan adanya kewujudan sistem semakan secara online dan SMS.
Dengan adanya semakan secara online, peminjam akan dapat mengetahui baki pinjaman pendidikan PTPTN mereka secara cepat dan tepat sekaligus memudahkan pelajar untuk membuat pembayaran hutang.
Untuk mengetahui cara nak buat semakan penyata PTPTN ( baki pinjaman ) online dengan mudah, ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan dibawah ini.
Cara Buat Semakan Penyata PTPTN ( Baki Pinjaman ) Online Dan SMS
Berikut dikongsikan cara membuat semakan penyata PTPTN baki pinjaman dalam memudahkan pelajar untuk membuat pembayaran balik menurut jadual.
Semakan Baki PTPTN Secara Online
- Layari portal rasmi PTPTN = https://www.ptptn.gov.my/
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Masukkan Kata Laluan ( Jika terlupa kata laluan, klik ” Lupa Kata laluan ” untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel. . Bagi pengguna kali pertama pula, anda perlu menghubungi PTPTN bagi mendapatkan kata laluan.
- Semak Penyata
Semakan Baki PTPTN secara SMS
- Taip PTPTN <jarak> BAKI <jarak> No Kad Pengenalan <jarak> No Pin
- Hantar SMS ke 15888
Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj sebanyak 0.15 dan RM 0.20 untuk penerimaan SMS.
Untuk makluman peminjam juga, sila dapatkan no pin atau no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080-4455 atau boleh juga menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN https://titter.com/twitptptn
Cara Memohon Penangguhan Bayaran balik PTPTN
Jika Peminjam mempunyai masalah untuk membuat bayaran balik, terdapat 2 pilihan yang boleh dilakukan oleh peminjam iaitu :
- Memohon penangguhan bayaran balik PTPTN, atau
- Memohon penjadualan / Penstrukturan semula Bayaran Ansuran Bulanan
Berikut adalah maklumat tambahan tentang cara membuat kedua-dua permohonan berikut.
1) Memohon Penangguhan PTPTN
Pemohon boleh membuat permohonan untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN atas sebab-sebab tertentu seperti kehilangan punca pendapatan , menghadapi masalah kewangan dan sebagainya.
Dokumen yang diperlukan bagi membuat permohonan adalah :
- Surat permohonan rasmi penangguhan borang permohonan penangguhan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.
- Salinan surat tawaran pengajian
- salinan surat tawaran penaja baru ( jika ada tajaan lain atau melanjutkan pengajian ke luar negara )
- surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT ( jika tiada dalam surat tawaran )
- Sesalinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat ( jika berkaitan )
Untuk makluman, hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses. Kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.
2) Penjadualan / Penstrukturan semula Bayaran Balik PTPTN
Bagi menrangkan bebanan ansuran balik secara bulanan, peminjam juga boleh membuat penjadualan atau penstrukturan semula.
Penjadual adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.
Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam.
Melalui kaedah ini , tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Kepada peminjam yang ingin mendaptakan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai semakan penyata PTPTN ( Baki Pinjaman ) anda boleh terus melalui :
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D,
Mengan Avenue ll , No. 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline : 03-2193-3000
Faks :; 03-2193 1263 / 03-2193 1267
Anda juga boleh mengajukan mesej peribadi di Facebook untuk mendapatkan responyang pantas melalui admin PTPTN.
Soalan Lazim
Bolehkah peminjam membuat penangguhan bayaran blaik PTPTN ?
Yaaa…. Peminjam boleh membuat penangguhan bayaran balik dengan lasan-alasan tertentu seperti dinyatakan diatas.
Jika terlupa kata laluan ?
Peminjam hanya klik ” Lupa Kata laluan ” untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel.
Dimakah peminjam boleh melakukan semakan penyata PTPTN ( baki Pinjaman ) ?
Peminjam yang ingin membuat semakan penyata PTPTN ( baki pinjaman ) boleh membuat secara online dan secara melalui SMS. Anda boleh ikuti langkah-lankah yang disediakan di atas artikel ini.
Apakah itu Penjadualan Bayaran Balik PTPTN ?
Penjadualan ialah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelasaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.
Semoga perkongsian mengenai cara semakan penyata PTPTN ( Baki Pinjaman ) ini dapat membantu peminjam untuk membuat semakan dan untuk membuat penangguhan pembayaran balik.
Selamat mencuba dan semoga dipermudahkan semuanya..